Sunday, November 21, 2010

today is sabtu

  salam..today is sabtu..lagi 30 minit lagi da masuk ahad..saje mengupdate blog pada waktu2 begini sebab aku sedang berasa sangat bosan sehingga rasa mcam nak berjogging keliling kampung sambil menyanyikan lagu mariah kari..

   meh baca sini..arini, aku telah dikejutkan dengan satu panggilan misteri supaya aku menjadi camerawoman untuk satu acara ni..acara ape??ajl ke??wah, da macam camerawoman popular gitu..ia adalah panggilan dari emak aku..nak aku tangkap gambar sebab ada kem kesihatan kat klinik..unfortunately, masa aku sampai doktor yg datang tu tengah bagi ceramah kt penduduk2 kampung yg datang ke klinik tu..tp ok la sebab aku dpatlah sedikit input tentang kanser payudara,kanser serviks, diabetes n etc..balik awal sebab nk pergi majlis perkahwinan Rahilah..^^ada beberapa gambar yg sempat aku tangkap masa acara ni berlangsung (gambar aku tade sebab kalau ada, sape plak yg nk tolong amekkan??)










erm..ok..

baru je tadi aku baca tentang hadis yang popular tentang cinta kt facebook..read ya (=

Apabila membicarakan soal cinta, penulis dapati terdapat satu hadis palsu yang popular yang sering digunakan. Berikut bunyinya:

"Barang siapa yang jatuh cinta, lalu menyembunyikannya dan memelihara kesucian dirinya serta bersabar sampai dia meninggal dunia, maka dia adalah seorang yang mati syahid"

Penulis bukanlah seorang yang ahli dalam bidang hadis, namun pernah mendengar satu siri kuliah yang disampaikan oleh seorang pakar hadis yang memaklumkan bahawa hadis tersebut bertaraf palsu.

Setelah membuat semakan, penulis bawakan seperti berikut:

Di dalam kitab At-Tibb An-Nabawi Bab 71 Penyakit Asmara, Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziah ada menceritakan:

Hendaknya kita tidak tertipu oleh hadith palsu yang dinisbatkan kepada Rasulullah yang diriwayatkan oleh Suwaid bin Said, daripada Ali bin Mushir, daripada Abu Yahya al-Qattat, daripadah Mujahid, daripada Ibnu Abbas, daripada Nabi, dan diriwayatkan pula daripada Ibnu Mushir daripada Hisyam bin Urwah daripada ayahnya daripada Aisyah r.a daripada Nabi. Diriwayatkan oleh az-Zubair bin Bakar, daripada Abdul Malik bin Abdul Aziz bin Majisyun, daripada Ibnu Abbas r.a daripada Nabi bahawa baginda bersabda:


Maksudnya:"Barangsiapa terkena panahan asmara, lalu ia menjaga kesuciannya, lalu ia meninggal dunia, maka ia akan mati syahid."

Dalam riwayat yang lain disebutkan:


"Barangsiapa yang terkena panah asmara lalu ia menyembunyikan perasaannya, menjaga diri dan bersabar maka Allah akan ampuni dosa-dosanya dan Allah masukkan ke dalam syurgaNya"

Hadith di atas adalah tidak sahih, dan tidak wajar keluar dari lidah baginda. Kerana syahid adalah kedudukan tertinggi di sisi Allah, yang disejajarkan dengan kedudukan para siddiqin. Ianya harus dicapai dengan beberapa bentuk perbuatan dan keadaan tertentu yang merupakan syarat mutlak. Syahid ada dua jenis, iaitu syahid umum dan syahid khusus. Syahid khusus adalah syahid fi sabilillah. Syahid umum ada 5, disebutkan dalam sebuah hadith sahih, namun mati kerana panahan asmara tidak termasuk di dalamnya.

* Ulama' hadith menafikan Suwaid sebagai perawi hadith ini. (Abu Ahmad bin Adi dalam al-Kamil)(al-Baihaqi)(Ibnu Tahrir dalam al-Dzakhirah)(al-Hakim dalam Tarikh Naisabur)(Abu al-Faraj Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhu'at)* Ulama telah mengecam Suwaid bin Sa'id yg meriwayatkan hadith ini, bahkan sebahagian ulama' menganggap ia sudah layak diperangi atau dibunuh.

Di antara perkara lain yang berbahaya adalah penisbatan hadith ini kepada hadith Hisyam bin Urwah daripada ayahnya daripada Aisyah daripada Nabi. Orang yang faham ilmu hadith dan kecacatan-kecacatannya walaupun rendah sekalipun pasti menganggap hadith tersebut tidak mungkin sahih. Tidak mungkin juga termasuk hadith Ibn al-Majisyun, daripada Ibnu Abu Hazim daripadan Ibn Abi Najih daripada Mujahid daripada Ibnu Abbas secara marfu'. Tingkat kesahihannya hanya mauquf sampai Ibnu Abbas, itupun masih syak lagi.


note:hopefully kita semua tidak akan mudah percaya dengan apa yang kita baca tanpa bukti , dalil dan hadis yg sebenarnya terutama sekali yang berkaitan dengan agama Islam..insyaALLAH..

2 comments:

  1. patutlah aku rasa pelik jer ngan hadis tu.. tak sahih rupanya... apa ya link note yg kau baca tu???

    ReplyDelete
  2. 2 la pasal..aku da share ngn ko kt fb..aku dpt pas tengok pro5 kawan aku..^^

    ReplyDelete