Wednesday, February 23, 2011

Di Saat Aku Mencintaimu

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mula mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku


Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kanku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga kau kan mengerti 
Tentang perasaan ini
Maafku telah terbuai akan indahnya cinta

Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maafku telah terbuai akan indahnya cinta....

Tuesday, February 22, 2011

tergelak

  Salam..aku nak share note yang aku baca kt facebook yang dishare oleh kawan aku..tergelak-gelak aku baca....abiz patah kerusi ni aku hentak2..hahaha..bacalah..jangan segan2..note ni aku copy teh je..xde edit2..ngeh3

tajuk note tu..jeng..jeng..jeng....



Mengapa seorang lelaki perlu memilih seorang cikgu sebagai isteri


1. Hidup Berjadual.

Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.



5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.

5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.

6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.

7.10 pagi : Sampai sekolah.

7.30 pagi : Mula kelas.

10.10 pagi : Rehat

10.30 pagi : Masuk kelas lagi.

2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)



Senang kan?

Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).



Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.

Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)

Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam

Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu



2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.

Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.



Sekejap.

Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?

Mana ada!

Semua nak salahkan cikgu.

Maka, cikgu mestilah kena komited.



Konsep yang sama

Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?

Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?

(sambil asah pensel dan pisau di tepi)



3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.

Nak bagi markah, ada skema jawapan.

Pakaian ke tempat kerja, ada etika.

Nak tanda kertas, ada garis panduan.

Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.

Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.

Yuran murid semua ada hitam putihnya - nak pungut duit pun ada surat kuasa.

Bila boleh nak menipunya?



Nak berpeleseran?

Jauh sekali.

Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?

Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, "GURU ......"

Gila kau.

Mana nak sempat lupakan suami begitu?

Hidup akan dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.



4. Terapi melepaskan tekanan.

Semua kerja ada tekanan.

Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.

Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.

Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?

Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?



Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.



Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?



Pukul budak-budak di sekolah?

Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.

Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.



5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.

Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.

Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.



Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.

Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.

Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.

Aku : Kau nak yang macam mana?

Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.

Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?

Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.

Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?

Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.

Aku : Amboi kau.

Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.

Aku : Kenapa?

Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)

Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)



6. Penampilan.

Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa.

Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?



Masuk kelas itu, budak-budak tengok.

Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.

Budak-budak yang suka, akan puji - "Cikgu lawa gila hari ini!"

Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.

Haih!



Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa?

Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) - selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh?



p/s:aku saje share tanpa ada niat lain..kalau ade terasa ke ape ke..maafkan aku..^^

Sunday, February 20, 2011

petikan gitar itu

petikan gitar itu
ku dengar buat pertama kalinya
pada hari itu
ulangtahun kelahiranku
menjadikan hari itu
hari bermakna buatku

petikan gitar itu
membuatku tersenyum
lagu-lagu yang dimainkan
"bagiku kaulah yang terindah. manisnya senyuman"
"walau berjuta mendengar, lagu ini hanya untukmu"
"because tonight will be the night that i will fall for u"
"ku jua mencintai dirimu, kau amat sempurna buatku"

petikan gitar itu
kadangkala membuatku tertanya-tanya
maksud di sebalik lagu2 yang dimainkan
ingin saja aku bertanya pada gitar itu
"apa maksud lagu yang dimainkan kau wahai gitar??"
namun
ku pendam

petikan gitar itu
kini hanya menjadi memori yang indah dalam hidupku
sudah tiada lagi petikan gitar yang ku dengar dari kau wahai gitar
membuatkan aku mengerti
lagu itu dimainkan hanya kerana ianya adalah lagu
tanpa sebarang makna....





Thursday, February 17, 2011

congrate sayang !

    salam...siap je solat , tibe-tibe fon aku bunyi..dapat mesej..segera aku lari pecut untuk dapatkan fon aku tu..haa...dapat mesej dari sayang...


Salam.Read my latest posting on blog (=

   da siap semua , aku terus buka blog sayang tu....baca...baca..dan terus baca setiap patah perkataan yang di post dalam blog tu...aku rasa gembira untuk kau sayang..tahniah , alhamdulillah..ALLAH tau mana yang terbaik untuk hamba-hambaNYA kerana ALLAH Maha Penyayang...tahniah sekali lagi sebab kau akan menjejakkan kaki ke Ireland..

    do d bez ya untuk untuk final exam..aku tahu kau boleh..semoga ALLAH memudahkan perjalananmu sayang..insyaALLAH..semoga harapan kau untuk memenuhi impian parent dan arwah Jannah menjadi kenyataan....i will always pray the best for u sayang..Bittaufiq wannajah




kawan bertahun kita bersama
bagai semalam baru bersua
kawan di hadapan oh indahnya
kita bersama berkelana

namun kita jauh di dunia sendiri
bekalan sendiri
impian sendiri
meskipun jauh namun kita tetap bersama
dek ruang yang memisahkan kita
kawan hidup ini umpama langit
yang tidak selalu cerah
kawan hidup ini umpama awan
yang tidak selalu putih

ingatlah
bintang-bintang di langit
takkan terus berkerlipan
ingatlah pelangi yang indah
pasti akan hilang

kawan jangan biarkan dirimu
seperti rama-rama
cantik namun akhirnya
menjadi perhiasan di dinding
kawan jangn biarkan dirimu
umpama lipan dan kala
berbisa namun akhirnya
menjadi perhiasan di meja tulis

kawan jadilah seperti si matahari
membakar diri demi insan sejagat
kawan jadilah seperti bulan purnama
menerangi malam yang gelap gelita
menunjukkan jalan demi umat semesta
 
 
 
 
this post special for sayang :
Nur Farahin Ayob
(hehe..jangan geli weh..sayang kau!!!)

cari gali

    salam....alhamdulillah..lepas gak presentation Profesion Perguruan tadi..lecturer masuk agak lambat.lecturer cakap satu group je yg leh bentang..aku second group, satu group ngn Mira (nenek perkasa) n Tiha (anak nenek perkasa)..kitorang risau gak sebab memang nk bentang arini , tibe2 lecturer cakap nk satu group je..yela kan, semua da prepare tinggal nk bentang je..sampai kitorang menangis n merayu2 kt lectrr tu coz present arini..mula2 beliau x bagi, aku pon ape lagi..guling2 kat atas lantai , hentak2 kaki, baling meja , patahkan kerusi..akhirnya dapat gak..opsss~~itu cuma rekaan semata2..ewah2 , sekeh gak pale kau Rahilah!! actually kan , sebenarnya kan , kan , kan, first group ada masalah sikit ngn power point dyorang (eleh , saje je 2..^^) so , sebagai student yg kacak dan bergaya , aku ngn nenek perkasa bersama anaknya , segera berlari2 anak semut ke hadapan jadi volunteer nk present hari ini..walaupun cara pembentangan kitorang mengalahkan pembaca berita , tapi ok la tu kan...first group lagi , harap dimaafkan..hehe

   n now..lega la sikit..tapi sikit je sebab pasni ade pembentangan Titas plak...dengan mid term lagi..caiyokk ielah scouty!!(=

   eh..eh...haaa..ade cite sikit ni..ntah ye, aku pon xtahu aku ni risau ke bimbang ke worried ke anxiety ke..tapi lepas cek tekanan perasaan tadi , aku rasa aku tade perasaan atau aku leh gak cakap "I got no feeling"..haa..amek ko..jadi omputih sat..macam ni ceritanya..sejak akhir2 ni la , aku asyik dengar orang cakap pasal kawin la tunang la pakwe la itu la ini la (aku dengar dari mulut aku jugak sebenarnya =,-)
nenek perkasa siap cakap lagi dengan lantang dan penuh keyakinan, ni ayat dy:



cari..kalau x jumpa gak gali!

perlu ke cari ??? kalo x jumpe nk gali plak kn..nk gali kt mane??kalau jumpe bende lain cmne??kalau soh makan roti benggali xpe gak..ntah2  gali punya gali punya gali punya gali punya gali punya gali x jumpe2...nk guna kapal korek plak...duit lagi..haihhhh..tapi kalau mintx tolong nenek perkasa dengan anak dy gali kan pon xpe..hahahaha...

  bagi aku ..... belum sampai masanya lagi untuk aku mencari...sebab pe??cubeteka cubeteka..mungkinkah 

A.x ya cari sebab da ade

B.nak pilihan mak n ayah (^,^)

C.tunggu orang masuk minang je nanti ( cubit kuku sikit , gatal bebenor!)

D.ada kisah lama yang sungguh menyedihkan ( oh tragis sungguh =.=' )

E.sebab aku masih muda mengalahkan baby yg baru lahir


ok ok..aku yakin pasti E menjadi pilihan...kan? kan? ngaku je la...hehe..nanti sambung lagi kalau ada sambungan la..k la..nak tido..ada kelas pagi...salam..^^







p/s:yakin dengan janji ALLAH



Tuesday, February 15, 2011

dululah..masa kecik2

   salam...kabare wak????wes mangan???(maaf x dapat speaking jawa lebih sebab penat nak taip bukan sebab xtahu ok!heee..)da bersawang blog aku ni..ish..ish..ish..gara-gara terlalu busy menjahit baju untuk raya 10 tahun lagi la ni..adeihhhh...

    tetibe rasa rindu masa aku kecik-kecik dulu...zaman kanak-kanak ribena yang penuh dengan kenangan manis dan pahit..kalau kat rumah tu , mak , ayah , kakak , abang n adik memang sentiasa ada kt rumah..x macam sekarang ni , sorang kt selangor  la (aku la tu..hehe) , sorang kt melaka la..susah nak kumpul same2 kecuali masa raya tapi tu pun agak sukar gak..sob..sob...okeh..okeh..aku bukan nak cerita sedih ye kat sini...mmm..aku teringat kisah2 masa aku sekolah rendah dulu kat Sekolah Kebangsaan Bagan dan juga Sekolah Agama Bagan..time sambutan sempena hari-hari penting....


dululah , masa kecik2


  • Hari Guru....
      16 Mei...Hari Guru yang akan aku ingat sampai bile2..tapi boleh dikatakan Hari Guru masa aku sekolah rendah lebih meriah kebaboooommm kalau nak dicomparekan dengan masa sekolah menengah..lagipun sekolah rendah cikgu x ramai berbanding sekolah menengah, so, budget tak lari la (kejam ! kejam ! padahal mintak duit mak ayah je..^^)boleh dikatakan bukan setakat cikgu yang ajar aku je aku nak bagi hadiah , malah semua cikgu yang ada termasuk guru besar sekali..jelaslah betapa baiknya hati aku dalam menggunakan wang ibu bapa aku bukan????bukan niat aku nak guna duit mak ayah dengan sewenang2nya tapi disebabkan masa tu semua barang yang aku nak beli akan ditaja khas oleh mak ayah , so secara jualan langsungnya , hadiah cikgu tu tersenarai la sekali..yang penting keikhlasan tu..(= masa tu aku x pikir whether barang yang aku bagi tu sesuai atau tidak , yang penting hati aku puas sebab dapat bagi hadiah kat cikgu..hehe...antara barang yang aku pernah bagi ==> gelas ( ada antaranya aku amek dari almari rumah..haha) , sabun mandi (aku tak bermaksud apa2 ) , frame , jam , etc..malam sebelum Hari Guru , mulalah sebuk kira bape ramai cikgu yang aku nak bagi hadiah , malam tu juga sampul (akak aku yang buat..hehe)...esoknya, pergi ke sekolah dengan senyuman penuh makna sambil menggalas beg yang penuh dengan hadiah untuk cikgu...(=



    • Hari Raya Aidilfitri
      salah satu hari yang penting..sememang kanak2 adalah insan yang paling happy bila tibanya hari raya..mestilah suka sebab poket serta beg duit akan dipenuhi dengan duit kertas , duit syiling dan x ketinggalan pokok duit2..bila sekolah announce nak buat majlis sempena hari raya , semua seronok terutamanya aku la..eh..memanglah..pakai baju cantik2 , x payah bawak buku , balik cepat ditambah pula dapat makan free..save lima puluh sen..hehe..balik je rumah , terus cari bekas makanan dan minuman..isi kuih muih dalam bekas tu..kuih tat ,kuih chocolate cips ,kuih cornflakes madu , kuih badam..macam2 la..penuh 1 bekas..pilih baju..for sure aku nak bergaya sakan kalahkan mak datin.tapi masa tu aku ngan adik aku belajar kt sekolah sama dan selalunya kitorang mesti ada baju raya yang same , so baju tu la akan dipakai..ala-ala boria gituuu..keesokan harinya , kumpul kat kantin , masing2 bagi kuih raya yang dibawa tu, lepas tu g dewan untuk majlis..da selesai majlis , semua beratur ke kantin..makan nasi minyak dalam dulang ( bukan makan nasi minyak sambil duduk dalam dulang tapi makan nasi minyak yang diletakkan dalam dulang ye..) makan ramai2..kalau x cukup , siap leh tambah lagi tanpa ada sebarang caj yang tersembunyi..da siap makan , amek bekas makanan ( yg isi kuih tadi ) n isikan bekas tu dengan kuih muih yang telah dicampurkan dalam dulang2 (boleh dikira mcam kuih 1 SEKOLAH..hehe)..pilih je yg mane nak..kengkadang tu , bila aku tengok kuih muih tu x menarik dan memukau selera sehingga membuatkn aku terpaku , aku amek je balik kuih yang aku bawak..2 pon kalau ade lagi la..hahaha..buruk siku betul la kau , Rahilah!!



    • Hari Sukan
    tibe-tibe aku teringat satu peristiwa yang amat menyentuh paru-paru..masa tu hari sukan sekolah..tapi aku x ingat la umur aku masa tu..aku akui sememangnya aku bukanlah pelari pecut negara malah bukan jua ahli bina badan negara..tup, tup aku terpilih dalam acara lari berganti2 4x200 m..aku conclude cikgu salah pandang orang sampai aku dipilih..pada firasat aku la , masa terbaik yg aku catat adalah dalam acara lari setempat tapi ni ade ke pilih aku dalam acara ni..haishh...sambil menyanyi lagu Pasrah , aku terima je lah..betullah orang cakap malang tu x berbau..

    di hari kejadian....

    priiiitttttttttttttt. wisel ditiup..kawan aku , first runner berlari dengan baton (xtaulah kalau salah , aku x bape ingat)..lub dup lub dup..berdebar2 menunggu turn aku..tiba masa baton tu diserahkan kt aku..aku menyambutnya dengan penuh semangat..langkahan pertama larianku..aku lari dengan penuh wawasan 2020 , tanpa memandang ke kiri kanan , terdengar sorakan penonton macam masa Malaysia lawan Indonesia..langkahku semakin laju.....laju...laju....gedebushhhhhhhhhhhhhhhhh!!!aku tergelincir!!!sorakan terhenti , aku hanya terdengar orang memanggil2 nama aku, baton terlepas dari tanganku,  penglihatan aku kabur dan semakin kabur dan.......x dapat di selamatkan...hehehehe..tipu je..da jatuh tu aku terus bangun n lari untuk pass baton kt kawan aku..malu x ya cite la..rasa macam nak saman je rumput yang ade minyak track tu..huhu...sumpah lepas tu aku memang benci nak lari...benciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....huwaaaaa.T_T



    • Maulidur Rasul
    sambutan Maulidur Rasul yang diadakan sempena hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w iaitu pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah.meh sambung cerita masa zaman sekolah rendah dulu...


    Cikgu:ok semua...esok ada majlis sambutan Maulidur Rasul..pakai baju raya ok..lagi satu, x payah bawak buku..haa..ade lg..cakap ngn mak ayah awak esok balik awal...


    aku tersenyum lebar sampai ke telinga..x payah pakai baju sekolah , x payah belajar lagi..sudah semestinya aku suka sangat2..bukannya nak menghayati tentang sirah Rasulullah..ish..ish..teruk perangai kau Rahilah...ustaz bagi ceramah ,masuk telinga kanan keluar telinga kiri..da abiz ceramah , semua kene beratur untuk perarakan p masjid...masjid tu jauhnya adalah dalam 5000 cm je...jauh kan??sampai je terus makan beramai-ramai...mmm..ada satu masa ni , aku kene berzanzi sempena majlis Maulidur Rasul..mak aku suruh la aku pakai baju yang agak glemer sikit, nak naik pentas la katakan..hahaha..memang baju tu cantik la , warna krim, ada pink sikit2..actually aku segan nak pakai sebab da macam pengantin plak, warna suci gitu...last2 pakai gak...bile sampai sekolah tu...taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!dy..ehemm..dy pon pakai baju krim...hepinya!!melonjak2 kegembiraan dalam hati je la..pandang2 dy , senyum sendiri..kawan2 usik , aku marah (padahal suka..hahaha)...eh..eh..gediknya kau Rahilah , penampor kang!!!


    k la..malas aku nak merapu lagi..nk sambung menjahit baju raya..sempena Maulidur Rasul pada hari ini , aku nak ucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam, semoga roh baginda dicucuri rahmatNYA, semoga sunnah2 baginda menjadi amalan kita semua..insyaALLAH...daaaa...