Wednesday, November 24, 2010

oh novel

   assalamualaikum..untuk post kali ni aku sebenarnya nak share tentang satu hobi yg selalunya digemari oleh anak2 dara, mak dara dan x lupa juga pada mak eton yang jual jamu kat kampung sebelah tu..aku harap mak eton x terlalu hepi n terasa femes bila tau aku letak nama dy kt blog aku yg baru nak membangun ni..hobi tersebut ialah baca novel..aku pasti x sume orang suka baca novel..antara alasan2nya:

  • x minat la aku nak baca,tebal sangat
  • novel??ishh.. xmampu la nak beli...mahal la, baik aku simpan wat beli kete bmw
  • tolong la..aku bukan budak bio..aku x suka membaca ni, tido lagi baik
  • haha..baca novel??jiwang ah..geli aku





novel.. menurut Kamus Dewan edisi keempat, novel ini bermaksud cerita dalam bentuk prosa , biasanya panjang dan kompleks , yang berkaitan dengan pengalaman manusia dan kelakuan sosial..sebab tu novel ni tebal2..kalau setakat dua muka surat tu bukan novel namanya, tapi karangan..^^






  aku pasti ramai yang cakap kalau orang minat baca novel ni, orangnya romantik, jiwang..sebab ape??sebab kebanyakan novel yang berada di pasaran tu novel cinta..actually banyak lagi novel lain..novel tentang remaja , novel berunsur ketuhanan dan agama , novel ilmiah , novel misteri (seram), novel kehidupan dan banyak lagi..kalau x minat tentang cinta , nah!banyak lagi pilihan jenis-jenis novel yang lain..u r the chooser..(=


  antara penulis novel @ lebih dikenali sebagai novelis yang sibuk berfikir lantas mencurahkan idea2 yang ada sehingga terhasilnya sebuah novel ialah Fauziah Ashari , Habiburrahman El-Shirazy , Ahadiat Akashah , Burhan Sodiq , Damya Hanna , Ramlee Awang Mursyid J.K Rowling n etc..kalau pergi book store banyak novel yang ada sampai kaki2 novel ni pening kepala nak pilih hok mano sa (speaking kelate sikit )..Ketika Cinta Bertasbih , Ombak Rindu , Hijab Sang Pencinta , Harry Potter , Andai Itu Takdirnya , Cinta Najla (rumet aku, Lala cari2 novel ni..kalau ada tolong belikan sedozen pastu inform aku ), etc..


  aku memang minat baca novel ni..kalau da start baca tu memang susah nak gerak la..nak abiskan hari tu juga..kalau da berhenti tu , memang susah nak sambung baca balik..orang cakap da ilang feel gituuu..sampai mak aku rasa macam nak belikan novel yang lagi banyak untuk aku bila tengok aku tekun n khusyuk baca novel tak seperti ketika aku baca buku2 study (aku tipu je 2)..nak baca pon kene ikut mood gak..kalau aku memang tade mood nak membaca ni, novel leh disimpan sampai leh jadi artifak negara...setakat ni , jumlah novel yang aku baca adalah dalam beribu2 helai..helai ok , bukan buah..novel yang aku beli kiranya hak aku sendiri pon adalah dalam 3-4 je..yang lain2 tu pinjam je..^^ borrow is caring..hehe




beberapa ari lepas, aku ngn kawan aku, Tika g Popular..sebab pe??sebab kitorang popular la..sebab nak cari novel yang sorang kawan aku ni, Nadia cadangkan..novel Cinta 3 Suku, best katanya..even ada lagi dua novel yang aku x abis baca lagi.setelah penat kitorang cari sehingga hilang berat badan sebanyak 20 kilo, kitorang tanya akak yang kerja kat situ..dy dengan wajah yang x bersalah sebab dy memang x bersalah pon menjawab "da abiz la dik"..padan muka aku..orang cakap malu bertanya sesat jalan..tapi aku xde la sedih sangat sebab aku dapat beli novel "Ya Allah, aku jatuh cinta" karya Burhan Sodiq..x sabar nak baca..! ^_^





note:tepuk amai-amai belalang kupu,
       adik jangan nangis bila emak suruh baca buku,
       susu lemak manis, santan kelapa muda,
       membaca buku amalan kita..

Sunday, November 21, 2010

cinta dalam diam

salam..
aku sangat tertarik dengan apa yang aku baca dalam blog kawan aku ni..dapat kt fb katanya..setelah surat permohonan aku untuk share ni diluluskannya, aku dengan sepantas kilat meng"copy" dan menge"paste"kan dalam blog aku plak..semoga mendapat manfaat..insyaALLAH..(=





Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...
karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya..

karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali ?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...
hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu, toh Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...

NB. Postingan temannya Aldiansyah
(Share by: Arytha Rusianty)


today is sabtu

  salam..today is sabtu..lagi 30 minit lagi da masuk ahad..saje mengupdate blog pada waktu2 begini sebab aku sedang berasa sangat bosan sehingga rasa mcam nak berjogging keliling kampung sambil menyanyikan lagu mariah kari..

   meh baca sini..arini, aku telah dikejutkan dengan satu panggilan misteri supaya aku menjadi camerawoman untuk satu acara ni..acara ape??ajl ke??wah, da macam camerawoman popular gitu..ia adalah panggilan dari emak aku..nak aku tangkap gambar sebab ada kem kesihatan kat klinik..unfortunately, masa aku sampai doktor yg datang tu tengah bagi ceramah kt penduduk2 kampung yg datang ke klinik tu..tp ok la sebab aku dpatlah sedikit input tentang kanser payudara,kanser serviks, diabetes n etc..balik awal sebab nk pergi majlis perkahwinan Rahilah..^^ada beberapa gambar yg sempat aku tangkap masa acara ni berlangsung (gambar aku tade sebab kalau ada, sape plak yg nk tolong amekkan??)










erm..ok..

baru je tadi aku baca tentang hadis yang popular tentang cinta kt facebook..read ya (=

Apabila membicarakan soal cinta, penulis dapati terdapat satu hadis palsu yang popular yang sering digunakan. Berikut bunyinya:

"Barang siapa yang jatuh cinta, lalu menyembunyikannya dan memelihara kesucian dirinya serta bersabar sampai dia meninggal dunia, maka dia adalah seorang yang mati syahid"

Penulis bukanlah seorang yang ahli dalam bidang hadis, namun pernah mendengar satu siri kuliah yang disampaikan oleh seorang pakar hadis yang memaklumkan bahawa hadis tersebut bertaraf palsu.

Setelah membuat semakan, penulis bawakan seperti berikut:

Di dalam kitab At-Tibb An-Nabawi Bab 71 Penyakit Asmara, Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziah ada menceritakan:

Hendaknya kita tidak tertipu oleh hadith palsu yang dinisbatkan kepada Rasulullah yang diriwayatkan oleh Suwaid bin Said, daripada Ali bin Mushir, daripada Abu Yahya al-Qattat, daripadah Mujahid, daripada Ibnu Abbas, daripada Nabi, dan diriwayatkan pula daripada Ibnu Mushir daripada Hisyam bin Urwah daripada ayahnya daripada Aisyah r.a daripada Nabi. Diriwayatkan oleh az-Zubair bin Bakar, daripada Abdul Malik bin Abdul Aziz bin Majisyun, daripada Ibnu Abbas r.a daripada Nabi bahawa baginda bersabda:


Maksudnya:"Barangsiapa terkena panahan asmara, lalu ia menjaga kesuciannya, lalu ia meninggal dunia, maka ia akan mati syahid."

Dalam riwayat yang lain disebutkan:


"Barangsiapa yang terkena panah asmara lalu ia menyembunyikan perasaannya, menjaga diri dan bersabar maka Allah akan ampuni dosa-dosanya dan Allah masukkan ke dalam syurgaNya"

Hadith di atas adalah tidak sahih, dan tidak wajar keluar dari lidah baginda. Kerana syahid adalah kedudukan tertinggi di sisi Allah, yang disejajarkan dengan kedudukan para siddiqin. Ianya harus dicapai dengan beberapa bentuk perbuatan dan keadaan tertentu yang merupakan syarat mutlak. Syahid ada dua jenis, iaitu syahid umum dan syahid khusus. Syahid khusus adalah syahid fi sabilillah. Syahid umum ada 5, disebutkan dalam sebuah hadith sahih, namun mati kerana panahan asmara tidak termasuk di dalamnya.

* Ulama' hadith menafikan Suwaid sebagai perawi hadith ini. (Abu Ahmad bin Adi dalam al-Kamil)(al-Baihaqi)(Ibnu Tahrir dalam al-Dzakhirah)(al-Hakim dalam Tarikh Naisabur)(Abu al-Faraj Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhu'at)* Ulama telah mengecam Suwaid bin Sa'id yg meriwayatkan hadith ini, bahkan sebahagian ulama' menganggap ia sudah layak diperangi atau dibunuh.

Di antara perkara lain yang berbahaya adalah penisbatan hadith ini kepada hadith Hisyam bin Urwah daripada ayahnya daripada Aisyah daripada Nabi. Orang yang faham ilmu hadith dan kecacatan-kecacatannya walaupun rendah sekalipun pasti menganggap hadith tersebut tidak mungkin sahih. Tidak mungkin juga termasuk hadith Ibn al-Majisyun, daripada Ibnu Abu Hazim daripadan Ibn Abi Najih daripada Mujahid daripada Ibnu Abbas secara marfu'. Tingkat kesahihannya hanya mauquf sampai Ibnu Abbas, itupun masih syak lagi.


note:hopefully kita semua tidak akan mudah percaya dengan apa yang kita baca tanpa bukti , dalil dan hadis yg sebenarnya terutama sekali yang berkaitan dengan agama Islam..insyaALLAH..

Friday, November 19, 2010

cinta oh cinta

 ok..arini aku rasa nak berbicara tentang cinta..iya, cinta..cinta dari sudut pemikiran dan perspektif aku sendiri..

  cinta,cinta,cinta.seringkali diucapkan,seringkali diungkapkan..tapi tahukah apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan kalimah "cinta" itu sendiri..pada aku cinta itu adalah anugerah daripada ALLAH kepada setiap hambaNYA..sudah menjadi fitrah manusia ingin rasa dicintai dan mencintai seperti mana ALLAH telah menciptakan Hawa bagi menemani Nabi Adam a.s yang sedang kesunyian, Siti Khadijah pula sebagai peneman setia Nabi Muhammad dan juga para Nabi yang lain..lelaki dan perempuan saling memerlukan antara satu sama lain..cinta itu merupakan perasaan yang suci,murni dan tulus yang terletak di dalam hati..

cinta itu membahagiakan,membuahkan rasa rindu,adakalanya menyakitkan, boleh buat seseorang tersenyum bahagia, boleh juga membuat seseorang itu berduka lara,cinta itu adakalanya memerlukan pengorbanan,cinta itu memerlukan kesetiaan , kejujuran itu amat penting dalam cinta ,cinta itu membuatkan kita melebihkannya melebihi diri kita sendiri,cinta itu memerlukan komitmen,memerlukan sefahaman..cinta itu adakalanya melekakan, melalaikan kita sehingga melupakan ajaran agama, kononnya sebagai bukti cinta sejati padahal nafsu serakah semata,berhati-hatilah jangan sampai cinta yang dikaburi dengan hasutan syaitan itu merosakkan masa depan kita..


haa..itu persoalan yang selalu bermain di fikiran..aku tidak menafikan adakalanya persoalan ni bermain di benak fikiran..hanya berfikir cinta itu hanyalah cinta sesama manusia sedangkan ada cinta yang lebih agung dari itu, iaitu cinta ALLAH..sebab itu ada segelintir daripada kita yang sanggup mencari ajal sebelum tiba waktunya akibat kecewa dengan cinta,nauzubillah, minta2 dijauhkanlah, jangan kerana cinta pemikiran kita dikaburi dengan perkara2 yang tak sepatutnya..sesungguhnya cinta ALLAH kepada hamba2NYA tidak pernah putus, sangat suci, tiada tolok bandingnya..



aku suka dengan lirik lagu Kerana Cinta (Inteam ft Mestica)..liriknya sangat bermakna..hayati dan fahami

cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptanya cinta di situ rindu bermula    
cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara berkorban segala-gala

semua kerana cinta 
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa merawat luka damai di jiwa
terpadam api benci permusushan
terjalinlah kasih sayang
begitulah cinta yang diidamkan
tanpa nafsu yang mencemarkan
dan jangan pula kerana bercinta kita pun leka entah ke mana
dan jangan pula kerana bercinta tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati hanya cintakan Ilahi
cinta ayah bonda tulus suci selamanya 
cintakan saudara masa berada hanya sementara
cinta sesama insan suburkan dengan ketakwaan


  lihatlah...sebenarnya ada cinta lain selain cinta sesama insan..cinta kepada ALLAH , cinta kepada Rasullullah,cinta kepada ibu bapa, cinta kepada agama islam n etc..ada cinta yang sangat penting dan lebih utama selain cinta kepada manusia sahaja..cinta yang menjamin kehidupan kita di akhirat kelak..



memang indah jika setiap hari mendengar kalimah "I love you" dari insan yang disayangi..seperti dunia ini ana yang punya!^^aku x berani nak komen tapi ada yang mengatakan couple itu haram..teringat pulak sorang kawan aku ni, Farahin namanya..dia cakap x ya la couple sekarang ni, sebab pe??sebab dy x nak bagi sisa-sisa pada suami dy yang sememangnya lebih berhak..sama-samalah kita fikirkan..


nak share satu cerita..aku pernah pergi satu kursus masa aku masih belajar di Kolej Matrikulasi Melaka, kalau x silap nama penceramah tu Ustazah Rozita..beliau mengatakan bahawa "soleh akan dapat yang solehah manakala yang solehah akan dapat yang soleh",itu janji ALLAH..ALLAH telah menetapkan siapa yang bakal menjadi jodoh kita sejak di Luh Mahfuz lagi..jangan terlalu takut untuk menerima cinta..bukakan ruang untuk cinta itu hadir..moga-moga cinta itu adalah cinta yang ikhlas dan jujur, cinta yang bisa membahagiakan..orang cakap cinta sampai mandi x basah , makan x kenyang , tidur x lena..pikiran dy terus..hehe..tapi jangan sampai terleka dan lalai..aku pernah juga terdengar orang cakap lebih baik kita dicintai dari mencintai..benarkah??itu terpulang pada individu..ia mempunyai kelebihan yang tersendiri..dan ada juga yang cakap lebih baik jika kita cintakan seseorang tetapi tidak diluahkan sehingga ajal tiba, hanya ALLAH sahaja yang tahu..benarkah??tapi mungkin juga ada yang lebih suka meluahkan perasaan cintanya dari diam..its up to you..ur choice..(=

  setakat ni je la..aku nak share apa pendapat aku tentang cinta itu..kalau ada yang salah tu mintak dibetulkan ya..^_^


 

Menyesal

 
Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri
Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku

Hanya dirimu
Tulus cintaku

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku


 mengapa kita sedar kita sangat memerlukannya bila dia sudah tiada lagi di sisi?

dengar dan hayati (=



harry potter and deathly hallows

  
   HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS..da lama aku tunggu saat nak tengok cerita ni..yelakan..bekas boyfriend yg berlakon tu..haha...aku ngan akak aku (Ayu) n adik aku (Zieha)g bp mall semalam semata2 nak tengok cite ni..kalau x percaya ni buktinya!(=


  ha??percaya x??kalau x percaya gak,xpe sebab aku tau aku ni sape la kan??(ayat tacing!)

  actually aku nak g 17.11.2010 tapi masa tu kan hari raya aidiladha, so niat tu terpaksalah dibatalkan..aku tengok schedule movie ni kat paper ade kol 3.30...wah, excited la g awal2 sebab nak beli tiket..sekali datang tade pon pkul 3.30 tapi 4.40...huhu..sabar je la..then pusing2 la mall tu..kol 4.40 kitorang masuk..aku agak kecewa sebab lambat start..15 minit late!!sampai abiz pop corn orang depan aku makan..^^

  dalam episode kali ni, banyak benda yang berlaku sebab Dumbledore da mati..Voldemort makin berkuasa, ditambah pula dengan kebanyakan kakitangan kt Hogwart n Kementerian tu pengikut dy..aku rasa mcam nak sekeh2 je pale Voldemort tu..hehe..Dumbledore ada tinggalkan pusaka untuk Harry, Hermione n Ron..berlaku konflik antara dyorang bertiga..Deathly Hallows tu pulak ceritakan tentang tiga saudara..ada 3 barang yang tiga saudara ni dapat..


 ni gambar satu scene mase dyorang menyamar nak dapatkan Hocrux..Harry, Hermione dan Ron terpaksa menyamar sebab nak masuk pejabat ni..adegan yang mencemaskan dan kelakar!!





gambar ni plak scene masa dyorang yg da over 18 minum posyen yg ada rambut Harry..sebab nak mengelirukan Voldemort n pengikut dy masa nak pindahkan Harry ke tempat lain..sebab tu la banyak Harry dalam gambar ni..nak tau yang real one??tengok la sendiri..(=





 
  k la aku x nak cite banyak2...kalau nak tahu tengok la sendiri...pada aku cite ni menarik..penuh dengan unsur magis dan mencemaskan..unsur kelakar penyeri perjalanan cerita ni..5 bintang la!!x sabar nak tengok Harry Potter n The Deathly Hallows Part 2..insyaALLAH..(=



 

 




gambar yang sempat diambil sebelum kamera rosak..(=

Thursday, November 18, 2010

mungkin

  mungkin ke??
mungkin betul
mungkin juga tidak

setelah aku teliti
setelah aku kaji
setelah membuat penyiasatan bersama fbi 

ye
aku pasti itu betul
bukan dy lagi tapi kau
kau lah
kau

tapi xpelah
simpan dan semat dalam2
biarkan ianya di situ


kau dengan diri kau
aku dengan diriku
cuma satu 
aku pasti 
kini kau bukan dy
kau
kau






note:kalau x paham leh la tny kaunter pertanyaan kat bank islam cawangan muar..(=








facebook!!aku kembali

  begitulah hendaknya...kalau lumrah dunia yang pergi xkn kembali lagi..tapi lumrah facebook atau dalam bahasa melayunya muka buku atau dalam bahasa saintifiknya FB pulak yang pergi akan kembali lagi..ish3..

  kisahnya begini..ntah mimpi ape aku tiba-tiba mendapat kekuatan dan ketabahan untuk meng"deactive"kan akaun aku..almaklumlah sibuk menjaga suami dan anak2..hahahaahaha..sejak bile plak??haizzz..masa tu nak exam..so kira cam nk focus study la konon2nya...bese la kan..kalau da ngadap fb ni antara dialog2 yang selalu dibualkan dengan diri sendiri:

aku1:nak on9 sekejap la..1 jam je
aku2:ok la macam tu..1 jam je..x lame pon

tik tok..tik tok..tik tok..

aku1:da satu jam tu...
aku2:alaaaa..jap lagi la..
aku1:ok gak tu..jap lagi off tau

tik tok..tik tok..tik tok...2 jam..3 jam...4 jam.....
x bangun pon!!leka dan terus leka...............

ha..tu yang aku malas tu...nafsu ditambah hasutan syaitan..x kuat iman nk melawannya..tapi kini, aku decide untuk activekan semula..antara sebab dan pendorong aku mencapai laptop lalu on9 da membuka muka bukuku semula:

1)da tade lagi buku aku nak baca selain muka buku (=
2)aku akan berhoneymoon dalam masa yang agak lama di rumah
3)aku bosan dan xtahu nak wat ape
4)baik aku activekan semula sebelum aku menjual fb aku kat mak joyah yang jual kerepek pedas kat kampung sebelah
5)aku saje nak mengacau hidup kawan2 aku dengan like dan komen status sehingga mereka x paham apa yang aku komenkan,tag mereka pada gambar2 yang x sepatutnya d tag,komen perkara yang tidak berkaitan pada gambar2 mereka,menjeleskan mereka yang masih exam lagi atau dengan kata yang lebih abstrak aku nak mereka bahagia...bahagiaaaaaaaaaaa
6)sebab tu fb aku la!korang sebookkk nape??g main jauh2..

7)sebab nak tengok ..........???

selamat berjumpa lagi teman2 fb ku..long time no see..so now..we will see each other...everyday..sampai korang muntah!heeeeee~~~sesungguhnya aku zalim saat dan ketika ini..




Wednesday, November 17, 2010

aku gembira

  Salam..sempena hari yang mulia ini, sebelum aku menaip panjang lebar aku nak ucapkan selamat hari raya aidiladha @ hari raya haji @ hari raya korban kepada mak ayah dan adik beradik yang berada di kampung,shabat handai,sanak saudara serta seluruh umat islam sama ada di Malaysia mahupun di seluruh dunia, maaf zahir dan batin..makan rendang tu jangan lupa tau!amacam??ada ala2 pelajar oversea x??hehe..kalau kat johor ni hari raya aidiladha x la semeriah hari raya aidilfitri..aku juz dok kt rumah n xpakai baju raya pon (pakai baju kmm ^^)..ape pon ia disambut dengan penuh kesyukuran..alhamdulillah..(=

  hari ini dan semalam..ada something yang berlaku yang membuat aku gembira sampai rasa nak melompat2..malangnya aku membatalkan hasrat aku untuk melompat tu sebab x nak terpilih mewakili Malaysia dalam acara lompat katak sukan asia kt China tu..first thing masa aku g kedai ngn mak aku..kt pintu masuk tu aku jumpa cikgu HEM sekolah menengah aku, Puan Marpuah Suliman..senyuman aku mendapat balasan...nampaknya beliau masih mengenali aku even aku da memakai sesuatu tu..beliau salam dengan aku ngn mak aku..tapi aku x sempat nak tanya apa2 sebab beliau da nak balik..(=

  semalam gak aku dapat sms dari Atie..dy wish raya haji kat aku n beritahu aku one good news..da lama aku nanti2kannya..bukannya dy nak kawen dengan Shahir seperti yg dy impi2kan..REUNION..wahhh..so excited maaa..rindu bangat sih mau ketemu sama teman2..udah lama enggak ketemu..da jauh so susah nak jumpa..yang satu u pon susah benar nak jumpe ni lagikan lain u..hopefully n aku doa semoga reunion ni jadi la.aminnnn..x payah nak tunggu aku dapat anak lima baru nak jumpa..^^

  hari ini...sudah tentunya aku gembira sebab hari ini hari raya aidiladha..lontong,rendang ayam,kari daging,sambal kacang dan sayur goreng telah aku kunyah dan hadamkan dengan jaya dan penuh wawasan 2020..aku ingat nak tolong la orang wt korban..tapi x leh sebab smlm aku dapt msg dr yang meminta aku x hadir sebab besar kemungkinan lembu2 yang akan disembelih akan lari bertempiaran bila tengok sesuatu yang sangat cantik tu..^^ade lagi satu..aku dapat sms dari dy..sape dy??hurm.....



note:aku hepi aizat dapat msuk..hopefully dy dapat masuk akhir ajl..lagu tu..susun silang kata..i like!!insyaALLAH..aminnn....(=

sebuah pertemuan

ketika diri mencari sinar secebis cahaya menerangi laluan
adakalanya langkahku tersasar tersungkur di lembah kegelapan
bagaikan terdengar bisikan rindu mengalun kalimah menyapa keinsafan
kehadiranmu menyentuh kalbu menyalakan obor pengharapan

tikaku kealpaan kau bisikkan bicara keinsafan
kau beri kekuatan tika aku diuji dengan dugaan
saatku kehilangan keyakinan kau nyalakan harapan 
saatku meragukan keampunan Tuhan
kau katakan rahmatNYA mengatasi segala

menitis air mataku keharuan kepada sebuah pertemuan
kehadiranmu mendamaikan hati yang dahulu keresahan
cinta yang semakin kesamaran kau gilap cahaya kebahagiaan
tulus keikhlasan menjadi ikatan dengan restu kasihMu oh Tuhan

titisan air mata menyubur cinta dan rindu pun berbunga
mekar tidak pernah layu damainya hati yang dulu resah keliru
cintaku takkan pudar diuji dugaan mengharum dalam harapan
mogakan kesampaian kepada Tuhan
lantaran diri hamba kerdil dan hina

menitis air mataku keharuan kepada sebuah pertemuan
kehadiranmu mendamaikan hati yang dahulu keresahan
syukur sungguh di hati ini dikurniakan teman sejati
menuju jalan dekatiNYA tika diri dalam kebuntuan
betapa aku menghargai kejujuran yang kau beri
mengajarku mengenal erti cinta hakiki yang abadi
tiada yang menjadi impian selain rahmat kasihMU Tuhan
yang terbias pada ketulusan sekeping hati seorang insan bernama teman.....








note:lagu ni special untuk tiqa..lagu persahabatan kita..^^friends forever

Monday, November 15, 2010

kmm (=




   aku rindu...sangat2 rindu...rindu kmm (kolej matrikulasi melaka)..kawan2 especially rumet B1.3.1 , kelas H2P4 , kawan2 satu wing (B1 aras 3 wing A)...tiqa,aniq,nicole,atie,dila,zufi,muya,ukhti,piqa,nisa,kak tim,kak ida,kak watie,ru shan,sue,farihin,zura,suryati,biha,tira n lain2....tak lupa gak kat Atika Nabila binti Kemat..haha..sowi weh..rindu gak kt lecturer2..puan hamidah , puan mazlah , puan zamani n lain2..

  alangkah indahnya kalau dapat bersama lagi..tapi aku tau itu x akan berlaku lagi..semua kenangan kat kmm akan menjadi kenangan yang terindah dalam diari hidup aku..di situ aku belajar cara hidup berdikari, tiada bantuan dari keluarga tetapi kawan2, belajar apa maknanya persahabatan..aku x kn lupakan semua tu..

sahabat,
masihku ingat saat dan detik itu,
saat tangan dihulur memulakan persahabatan,
saat kita gelak ketawa,
saat kita bergurau senda,
saat kita menangis dan bersedih,
saat kita salah paham tetapi akhirnya memahami,
saat kau mengukir senyuman padaku,
saat kita berkongsi masalah dan cerita,
kau dengan cerita kau,aku dengan cerita aku,
sungguh indah saat dan detik itu,
tidak akan aku luputkan dari kotak fikiran,
tidak akan aku padamkan dari hatiku,
sesungguhnya aku sangat merinduinya,
aku harapkan persahabatan itu kekal selamanya,
sahabat dunia akhirat hendaknya,
insyaALLAH

Friday, November 12, 2010

pengembaraan bermula!

   akhirnya , selesai juga perjuanganku di medan perang..bukan berperang dengan musuh tapi berperang dengan soalan-soalan exam...aku da usaha hanya tinggal doa dan tawakal n x lupa juga redha..aku rasa kt ukm ni jumaat kot last day exam...untuk geng2ku yang berada di universiti lain macam upm , umt , utm ,ump, unimas serta oxford university (lom dapat dipastikan oleh fbi siapakah rakan aku disana) yang masih lagi dalam kegembiraan , senang hati dan dengan tangan terbuka menjalani exam , aku ucapkan selamat menjawab exam, maaf zahir batin..bittaufiq wannajah sahabat2ku..(:

   setelah aku berfikir selama beberapa bulan, tahun, dekad serta kurun, dan juga menanyakan pendapat dan juga persetujuan dari ahli falsafah di rumah iaitu emakku sendiri , tanpa ada rasa ragu-ragu dan was-was aku decide untuk mengembara...ye..meneruskan pengembaraan..mengembara ke Mid Valley (tolong jangan tiru aksi ini) dengan kawan aku, Tiha..kita merancang,Allah yang tentukan..plan nak g mid tapi kitorang g Masjid India..ni pon sebab sorang lagi kawan aku , Nanie ajak g sana sebab nak beli sikit barang untuk raya aji ni..tapi aku g dulu ngn Tiha sebab Nanie nk tggu rumet n kawan dy..

   ni sebenarnya first time aku ngn Tiha ni nak g masjid india, sudah semestinya x tahu camne nak g..berbekalkan kompas dan peta yang baru kitorang beli kat kedai Pak Ali serta serba sedikit ilmu matematik dan kimia, pengembaraan bermula...jeng..jeng..jeng..oleh sebab zaman da moden aku menolak pelawaan Maher Zain untuk menggunakan untanya tapi memilih ktm utk ke masjid india..seperti yg sudah dimaklumkan oleh Nanie yg da agak pro, aku beli dua tiket k Bank Negara..satu untuk aku, satu lagi untuk Aizat Amdan..erm..sejak bile aku ajak dy plak??bukan2..satu lg untuk Tiha..tggu punya tggu , ktm sampai..dengan langkah seratus, kitorang masuk tapi malangnya tade tempat duduk, so kitorang baring (jangan percaya!)x lame pastu dapat gak aku duduk..lega..penat berdiri.bila aku tengok kt peta stesen2 ktm , lepas kl sentral bank negara..aku rindukan suara itu..suara yg berbunyi "stesen berikutnya bank negara, next station bank negara" tapi sesungguhnya dengan rasa kecewa dan hati yang remuk, arini x de langsung aku dengar sepanjang perjalanan..so, hanya depend on peta 2 je la..dengan yakin mengalahkan keyakinan masa jawab exam aritu, aku ajak Tiha turun kt stesen lepas kl sentral yg aku pasti itulah stesen bank negara..juz follow orang then aku call Nanie..tp apa yg dy cakap tentang keadaan stesen bank negara berbeza dgn apa yang aku tgk..waaa...cuak sebab aku ngn Tiha memang xtau..then g tengok kt peta lokasi tu..tgk punya tgk punya tgk rupa-rupanya...stesen KUALA LUMPUR..waaaaaaaa!~~salah rupanya..beli tiket lg k bank negara..

   alhamdulillah, sampai gak aku kt stesen bank negara even td da salah turun..hehe..ramai betul manusia kt Sogo ni..pening pale aku ditambah pula dengan perut aku yg sudah menyanyikan lagu rock..lapar!!lepas makan n  solat , kitorang g cari Nanie sebab nk g masjid india plak..banyak betul baju, tudung,telekung, kain...pttlah kalau nak raya ramai datang sini..harga pon ok..dari satu kedai ke satu kedai , macam2 karenah aku tgk especially peniaga la..yelakan, nak jual barang dy..ada yg tny aku "nak cari apa dik??" aku nk je  jawab "saya nak cari kain yg bentuk macam ayam kfc"..oleh sebab aku x nak akak tu g jual barang2 dy dalam kfc , aku decide utk diam dan hanya mengukir senyuman yg x dapat dinilai keikhlasannya..aku x beli ape2..mmg x beli ape2..melainkan sehelai tudung dan baju..ish3..tergoda gak aku..tiba-tiba...aku rasa something..Tiha pon sama..rasa..rasa..rasa macam urat-urat kaki nk putus!meletup!penat berjalan..nak sangat jalan, amek la, rasakan..bukan jalan2 yg leh kuruskan badan tapi jalan2 kuruskan duit..ish3..then kitorang balik..train yang kitorang naik special, limited..aku x pasti namanya, tp cam Siska bawang putih bawang merah tu..haha..main hentam saja..tp memang bez n sangat selesa..akhirnya sampai ukm n sampai k kolej amin yg tercinta...kemas barang!!





note:pengajarannya arini, malu bertanya sesat jalan...jauh perjalanan luas pemandangan..hehe..(:

Thursday, November 11, 2010

pulangkan!!

ishh....aku rasa geram gile!!!geram yang amat..hati aku sakit sangat2...aku xpaham kenapala ade spesis manusia macam tu..masa nak pinjam punya la baik..janji nak pulang cepat..tapi aku rasa da sebulan da..dia tu macam x pernah belajar adab2 meminjam..nak aku ajarkan agaknya..da pinjam 2 x reti2 nak pulang ke minah??aku da bg msg soh pulangkan, dy cakap dy akan pulangkan..arini dua kali aku jumpe dy..first masa balik beli makanan lunch..dy boleh senyum mcam kambing gurun je!!!malam plak jumpe kat cafe..wat2 x nampak aku..padahal petang tadi aku bg msg soh dy anta barang tu malam ni gak sebab esok aku nak guna..xleh blah betul la!!da la barang tu mak aku punyer..nak wat harta plak...kenal ko pon macam tu je..ada hati plak nak pinjam lame2..x tau malu ke???kalo nak sangat beli sendiri la, ko banyak duit..ni pinjam barang orang x reti nk pulang2..aku nak marah depan2 cakap aku kuang ajar plak, aku malas nak timbulkan masalah lagi la dy lagi tua dari aku...tapi ni semua salah dy!!da pinjam x reti nak pulang!!!!!!!!!!pulangkan la!!!!!!!aku xleh sabarla dengan orang macam ni...macam muka kat tapak kasut je..haissshhh!!perangai dy memang mengundang kemarahan aku!da la jumpe wt mcam muka x bersalah padahal pinjam barang orang tapi x reti nak pulang...PULANGKAN!!!!!

Thursday, November 4, 2010

cuti-cuti cinta ^^

   3.11.2010...aku rasa hampir sebulan lebih aku x wat aktiviti yang aku suke ni..tengok wayang..kali terakhir aku tengok wayang cerita the sorcerer apprentice..oleh kerana aku sendiri rasa aku free dan tidak wat pape kt rumah ni (even nota kimia da menjerit2 mintak aku keluarkan n baca dyorg) , aku decide dengan adik aku, Zieha untuk bersama-sama menyerang bp mall sebab nak g tengok wayang..

  kitorang decide nak tengok cerita cuti-cuti cinta sebab cerita cuti-cuti malaysia masih dalam pembikinan....agak ramai manusia kat bp mall ni,yang nk tengok wayang pon ramai...budak2 sekolah pon ada,aku x pasti plak sekarang ni da musim cuti sekolah...bercouple2 plak 2.advance betul budak2 sekarang ni..otw masuk panggung 2, aku tengok la poster2 kat tepi 2....hanya ada 1 je poster yang paling menarik minat lantas membuatkan aku terpegun..HARRY POTTER!!sure aku akan tengok on the first day keluar kalau tade aral melintang la..insyaALLAH..sebab pe aku excited sangat??sebab Daniel Radcliffe tu bekas tunang aku..dy bz sangat sebab tu aku mintak putus..x percaya??aku nasihatkan korang tolong la, tolong, tolong jangan percaya sebab aku sendiri pon xnak percaya..^^


  camne dengan cerita cuti-cuti cinta 2??ok laaaa....xde la sampai aku nak cakap membazir duit tengok..seksi la salah seorang artis yang berlakon 2..ish3..sakit mata,sakit hati..lepas tengok wayang dan menghabiskan sekotak popcorn beserta popcorn orang sebelah yang aku xpernah kenal,kitorang pergi jalan2..actually aku teringin sangat nak beli baju warna putih, baju kemeja..da lame aku nak..cari punya cari punya cari, jumpe!!bila aku tengok harganya,tak jadi beli..terlalu mahal..lebih baik aku simpan duit tu wat beli gula-gula n aiskrim..dengan sedih dan hibanya, aku mengucapkan selamat tinggal kepada baju tu dan akan datang membelinya bila harganya da turun mcam harga gula2 n aiskrim...waaaaaaaaaaa...):..nothing more..the end.......<3

Wednesday, November 3, 2010

akhirnya...

   selamat hari rabu..(:..pada jam minit dan saat ini , aku sedang duduk d atas kusi sambil menekan-nekan punat keyboard yang da nk tenggelam akibat jari aku yang terlalu berat....haisshhh...aku kt uma sekarang ni...home sweet home...wewwww..macam orang da abiz exam padahal kimia x organik asas atau dalam base omputihnya basic inorganic chemistry akan menyambut aku dengan penuh kegembiraaan dan kegirangan...huwaaa.....):

semalam...

  pagi-pagi mak da call..antara perbualan yang sempat dirakam dan aku xtau sape yang rakam..sape rakam angkat tangan cepat!

aku:arini las orang exam..cuti seminggu pastu sambung 10 nanti..
mak:pastu x nak balik uma ke??xkn nk dok sane lame2
aku:alaa...orang malas la nak balik..nti dok uma x baca buku (bese la tu kan??hehe)
mak:ko mmg cam 2 (sememangnya mak aku paham)ko balik je la..dok sane t tade keje lain, berjalan je (kalau nak tahu aku mmg kuat berjalan..hehe)
aku:hehehe..tengok la camne nti..kalo orang nak balik orang call mak ea..
mak:balik je la..nti leh makan sedap2..
aku:yela2..t tgk la cmne ye (sememangnya aku agak tergoda dengan tawaran makanan itu)

  then , bergerak ke dewan gemilang untuk exam Kemahiran Antara Perseorangan, Kaunseling dan Kemahiran..exam utk budak third year...padahal aku n the geng bru first year..tapi da amek so exam je la...esei!aku sempat menyelitkan cerita Safa dan Marwah yang baru aku tgk beberapa hari lalu (mungkin membantu)..lepas abis exam , kawan-kawan aku  especially si Pija ajak aku balik...berjemaah ke seremban katanya..akhirnya aku decide la nak balik gak even aku da berkobar-kobar dan dengan kepoyosannya beritahu kat diorang serta rumet aku, Lala yang aku xkn balik uma, nak stay ukm sebab takut nanti rindu plak masa cuti sem....tapi..hampehhhh...maafkan aku..(:

  lepas zohor,aku memulakan gerak ala-ala mari menari menuju ke bus stop..first time aku balik pakai baju kurung..wane oren gituuu..same kaler dengan kaler beg aku...ia x disengajakan ok.naik bas 6K nak g ktm..oleh kerana aku dok kt amin n Pija tu dok kt uo (ungku omar) so secara siaran langsungnya aku akan naik bas dulu sebelum dia..naik2 je, aku jumpe ngan alia , shima dan nurul yang juga merupakan geng2 aku yang nak balik arini..tp bila da sampai uo , batang idung malahan bulu mata Pija n Atiq aku x nampak pon..weww..aku ngn yang lain tunggu diorang kat ktm..

   peristiwa dalam ktm 2...aku dpat rasakn macam adegan dalam filem hindustan , Mutje Dosti Karonge, Kabhi Kushi Kabhi Gham mahupun  Mohabbatein..kalo x silap la, mase kt hentian nilai ade seorang wanita n anaknya (indian) naik ktm n anak dy 2 dok betol2 depan aku..aku rasa budak 2 dalam umur 6-7 tahun la....dy pandang aku...mase tu aku tengah cit cat ngn Pija ni..dy tengok je..aku tengok dy, dy tengok aku lgi..tiba2 lagu pandang2 jeling2 bermain di kotak fikiranku..ape sebab dy tgk aku??aku pelik ke?xpon berkemungkinan besar aku telah memakai baju yang mak dy baru beli semalam??oh tidak....setelah aku membuat kajian dan eksperimen..Ya!!aku temui jawapannya...dy bukan tengok mata aku yg seperti mata Kajol ni, tp dy tengok sesuatu..ya....sesuatu.. x dapat disangkal dan diragui lagi..nak aje aku cakap "yey macha!apa pandang2??nak ke sesuatu ni??nak??amek2!!"tapi disebabkan sifat keperempuan aku yang sentiasa lemah lembut dan sopan santun tu sentiasa kekal dan bersemadi,  aku membuat conclusion untuk tidak cakap macam 2..takut gak budak 2 x paham nti..buat abiz boreh ja..(lagipun mak dy ada kt sebelah, n mak dy pon asyik pandang aku!!benci i!)

  4.30...tiket balik london..eh...batu pahat..aku x pasti kat mane, yang aku ingat kilometer 193, tibe2 bunyi "kedegang-kedegung kedebaboooommmmmmmm"..maaf sound effect terlebih suda..abang driver tu turun n cek ape yang terjadi..aku yang dalam keadaan mamai tu terkejut dan agak cuak la..bape minit lepas 2, abang 2 masuk n drive semula..rasa mengantuk sume aku da buang ke recycle bin..doa kitorang sume selamat sampai..tiba2 bunyi lagi..makin bertambah cuak...sekali lagi abang 2 turun n naik drive lagi...untuk kali ketiga, bunyi tu ada lagi,abang tu berhenti tepi n aku lihat dy mengambil sebuah beg dan mengeluarkan senapang dan pistol lalu turun dan naik beberapa minit lepas tu...kali ini, da tade bunyi lagi..alhamdulillah..tapi ape yang abang tu telah lakukan??adakah dia telah menembak mati benda yang berbunyi tu?????oh tidak...sebenarnya abang tu turun bawak pisau bukan senapang dan pistol seperti yang diuar-uarkan..aku x sure ape yang abang tu lakukan, ingin bertanya??mimpi je la aku nak wt cam 2..huhu..

  7.30..selamat sampai d batu pahat..akak aku amek n kitorang pergi farmasi sebab aku nak beli pencuci muka..tiba2 akak aku cakap "weh, ko tau x gajah yang kat atas bangunan 2..bahaye kalau jatuh"..aku dengan rasa tidak bersalah sebab sememangnya aku tidak bersalah menjawab "ha??gajah ape??"..akak aku cakap ada kuar kt paper tentang gajah 2...wah!nampak sangat aku macam katak dalam tempurung!oh no!!aku bukan katak!!terbayang2 di kotak fikiranku, gajah yang idup 2 bermain2 kt atas bangunan 2...ish3...kebetulan pula farmasi yang aku nak g 2, agak dekat dengan bangunan 2...da malam, so aku x bape nampak la..tp aku tgk, ada gajah atau lebih spesifiknya patung gajah kat atas bangunan 2, bangunan Rengit Cafe..memang bahaya kalo jatuh...tapi dalam ati,aku x suka dengan patung tu bukan sahaja sebab kalo ia jatuh tapi da macam berhala!ya ALLAH...

  ok..sampai rumah da...aku yang kata x nak balik uma, balik juga akhirnya...perjalanan yang mcam2 ditemui, selamat juga akhirnya.....perut aku yang lapar juga terisi akhirnya....ALHAMDULILLAH....



note:aku x pasti apa yang akan aku buat dengan nota-nota yang aku bawak balik tu...mungkinkah ia akan disimpan untuk dijadikan jeruk???atau aku akan antar ke kedai gambar untuk dsimpan d dalam frame??atau mungkin juga aku akan buat fotocopy untuk orang2 kampung??(:

aku sangat merinduimu...

kau masih tersenyum mengubat lara
selindung derita yang kau rasa
senyuman yang mententeramkan setiap insan kebimbangan
hakikatnya tak tertanggung lagi derita
di pangkuan isterimu Umairah
menunggu saat ketikanya diangkat rohmu bertemu yang Esa
tangan dicelup di bejana air kau sapu di muka mengurangkan pedih
beralun zikir menutur kasih pada umat dan akhirat

dan tibalah waktu ajal bertamu
penuh ketenangan jiwamu berlalu
linangan air mata syahdu iringi pemergianmu
sukarnya untuk umat menerima bahkan payah untuk Umar mempercaya
tetapi iman merelakan jua bahawa manusia kan mati akhirnya

tak terlafaz kata mengungkap hiba gerhanalah seluruh semesta
walaupun kau telah tiada bersemarak cintamu selamanya

ya Rasullallah kau tinggalkan kami warisan yang abadi
dan bersaksilah sesungguhnya kami rindu padamu