Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts

Monday, May 6, 2013

Pergilah~~


Pernahkah kamu berharap pada seorang makhluk,
Kamu berharap kebaikannya,
Kamu berharap kehadirannya,
Kamu berharap perhatiannya,
Bahkan kamu berharap kasih sayangnya,
Tapi..
Seringkah engkau dikecewakannya?
Seringkah engkau menangis kerananya?
Seringkah engkau merasa disakiti olehnya?
Lalu…
Pantaskah kamu masih berharap padanya?
Ataukah dalam kecewa, dalam tangis dan dalam sakit itu
Adakah kebahagiaan yang kamu dapatkan?
Apakah dengan kecewamu, dia berubah menjadi baik?
Apakah dengan tangismu, dia akan hadir?
Ataukah dengan perasaan sakit hatimu, dia menyayangimu?
Mungkin jawapannya TIDAK
Jadi…
Bukankah ini saatnya untuk kamu pergi?
Bukankah ini saatnya untuk kamu berpaling?
Bukankah ini saatnya untuk kamu menjauh?
Setidaknya pergilah dari rasa kecewa itu…
Berpalinglah untuk titisan airmata itu
Menjauhlah untuk membahagiakan hatimu..
Sulitkah itu bagimu?
Jika “YA”,
Fikirkanlah betapa dia tak pernah mengharapkanmu..
Fikirkanlah betapa dia tak pernah mempedulikanmu..
Fikirkanlah betapa dia bahkan tak sempat memikirkanmu..
Tanpa kamu sedari…
Kamu telah hanyut dalam harapan, impian dan angan kosongmu
Sedikit kata darinya sudah membuat kamu merasa diperhatikan
Sedikit senyum darinya sudah membuat kamu fikir dia peduli
Sedikit khabar darinya sudah membuat kamu terlena, tak beranjak…
Ya… semua yg sedikit itu saja sudah membuat kamu bahagia…
Yg sedikit bahkan semu (samar-samar), sudah membuat kamu bertahan..
Untuk apa?
Untuk sesuatu yang KOSONG,
Untuk sesuatu yang tak pernah dia fikirkan
Untuk sesuatu yang bukan apa-apa untuknya
Untuk sesuatu yang DIA TIDAK TAHU
Atau sesuatu yang dia TAK AKAN PEDULI
Dan esok, lusa, nanti ataupun detik yang akan datang…
Kamu akan kecewa, menangis dan sakit hati lagi…
Tidakkah semua itu CUKUP?
Saatnya kamu melangkah…
Mendaki di terjal kehidupan dan mengalir bagai sungai
Jangan bertahan untuk harapan yg tak pernah ada…
Jangan menunggu hembus angin yang lalu…
Jangan sampai kamu terbangun dalam keadaan remuk
Selagi kamu bisa berdiri…
Selagi airmatamu belum habis
Selagi hatimu belum bernanah..
Biarlah sakitnya terasa hari ini..
Esok luka itu akan mengering
Biarlah dia menjadi bahagian kenanganmu
Tapi dia tak lagi menghancurkanmu
Bahkan ketika kamu pergi
Dia tak akan menangisimu
Mungkin dia tak menyedarinya
Kerana kamu bukan yang diharapkannya
Kamu bukan yang difikirkannya
Kamu bukanlah apa-apa baginya
Jangan pernah menoleh lagi untuknya
Jika hari ini kamu sedar siapa dia
Besok, tahun depan, sepuluh tahun lagi
Dia akan menjadi orang yang sama
Yang tak pernah mempedulikanmu
Yang hanya memberimu sedikit kata, sedikit senyum
Yang akan menumpahkan air matamu,
Menggoreskan rasa kecewa,
Dan menambahkan luka dihatimu….
Maka…. PERGILAH, PERGILAH…
Biarkan hari ini adalah akhir kecewa kamu
Biarkanlah airmata itu menitis sederasnya
Dan biarlah rasa sakit itu menghunjam dalam
Tapi itu yang TERAKHIR untuknya….
Itu yang TERAKHIR…
Ingat...
Tuhan tidak menciptakan satu orang didunia ini..
Bukalah hatimu,
Diluar sana masih banyak yang memerlukanmu..
Cukuplah dirimu untuk mereka yang siap menerima cintamu..
Yang lebih menghargai cintamu..


#copypaste#

Tuesday, February 22, 2011

tergelak

  Salam..aku nak share note yang aku baca kt facebook yang dishare oleh kawan aku..tergelak-gelak aku baca....abiz patah kerusi ni aku hentak2..hahaha..bacalah..jangan segan2..note ni aku copy teh je..xde edit2..ngeh3

tajuk note tu..jeng..jeng..jeng....



Mengapa seorang lelaki perlu memilih seorang cikgu sebagai isteri


1. Hidup Berjadual.

Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.



5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.

5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.

6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.

7.10 pagi : Sampai sekolah.

7.30 pagi : Mula kelas.

10.10 pagi : Rehat

10.30 pagi : Masuk kelas lagi.

2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)



Senang kan?

Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).



Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.

Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)

Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam

Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu



2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.

Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.



Sekejap.

Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?

Mana ada!

Semua nak salahkan cikgu.

Maka, cikgu mestilah kena komited.



Konsep yang sama

Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?

Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?

(sambil asah pensel dan pisau di tepi)



3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.

Nak bagi markah, ada skema jawapan.

Pakaian ke tempat kerja, ada etika.

Nak tanda kertas, ada garis panduan.

Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.

Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.

Yuran murid semua ada hitam putihnya - nak pungut duit pun ada surat kuasa.

Bila boleh nak menipunya?



Nak berpeleseran?

Jauh sekali.

Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?

Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, "GURU ......"

Gila kau.

Mana nak sempat lupakan suami begitu?

Hidup akan dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.



4. Terapi melepaskan tekanan.

Semua kerja ada tekanan.

Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.

Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.

Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?

Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?



Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.



Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?



Pukul budak-budak di sekolah?

Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.

Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.



5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.

Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.

Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.



Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.

Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.

Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.

Aku : Kau nak yang macam mana?

Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.

Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?

Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.

Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?

Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.

Aku : Amboi kau.

Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.

Aku : Kenapa?

Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)

Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)



6. Penampilan.

Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa.

Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?



Masuk kelas itu, budak-budak tengok.

Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.

Budak-budak yang suka, akan puji - "Cikgu lawa gila hari ini!"

Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.

Haih!



Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa?

Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) - selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh?



p/s:aku saje share tanpa ada niat lain..kalau ade terasa ke ape ke..maafkan aku..^^

Sunday, February 20, 2011

petikan gitar itu

petikan gitar itu
ku dengar buat pertama kalinya
pada hari itu
ulangtahun kelahiranku
menjadikan hari itu
hari bermakna buatku

petikan gitar itu
membuatku tersenyum
lagu-lagu yang dimainkan
"bagiku kaulah yang terindah. manisnya senyuman"
"walau berjuta mendengar, lagu ini hanya untukmu"
"because tonight will be the night that i will fall for u"
"ku jua mencintai dirimu, kau amat sempurna buatku"

petikan gitar itu
kadangkala membuatku tertanya-tanya
maksud di sebalik lagu2 yang dimainkan
ingin saja aku bertanya pada gitar itu
"apa maksud lagu yang dimainkan kau wahai gitar??"
namun
ku pendam

petikan gitar itu
kini hanya menjadi memori yang indah dalam hidupku
sudah tiada lagi petikan gitar yang ku dengar dari kau wahai gitar
membuatkan aku mengerti
lagu itu dimainkan hanya kerana ianya adalah lagu
tanpa sebarang makna....





Thursday, January 6, 2011

kalau kau nak tahu


kalau kau nak tahu
bila aku senyum
tak semestinya aku suka
tak semestinya aku gembira
senyuman itu tidak menggambarkan apa yang aku rasa

kalau kau nak tahu
bila aku diam
bila aku hanya membiarkan apa yang kau lakukan
itu tak bermakna aku suka
itu tidak bermakna aku rela dengan apa yang kau lakukan

kalau kau nak tahu
aku hanya insan biasa
insan yang lemah
insan yang serba kekurangan
insan yang mempunyai iman yang lemah

kalau kau nak tahu
dan aku pasti kau sendiri tahu
apa yang kau lakukan
baik dan buruknya

lagi satu

kalau kau nak tahu
bila aku sudah kurang berbicara
itu bermakna
AKU DAH TAK KISAH

Wednesday, November 24, 2010

oh novel

   assalamualaikum..untuk post kali ni aku sebenarnya nak share tentang satu hobi yg selalunya digemari oleh anak2 dara, mak dara dan x lupa juga pada mak eton yang jual jamu kat kampung sebelah tu..aku harap mak eton x terlalu hepi n terasa femes bila tau aku letak nama dy kt blog aku yg baru nak membangun ni..hobi tersebut ialah baca novel..aku pasti x sume orang suka baca novel..antara alasan2nya:

  • x minat la aku nak baca,tebal sangat
  • novel??ishh.. xmampu la nak beli...mahal la, baik aku simpan wat beli kete bmw
  • tolong la..aku bukan budak bio..aku x suka membaca ni, tido lagi baik
  • haha..baca novel??jiwang ah..geli aku





novel.. menurut Kamus Dewan edisi keempat, novel ini bermaksud cerita dalam bentuk prosa , biasanya panjang dan kompleks , yang berkaitan dengan pengalaman manusia dan kelakuan sosial..sebab tu novel ni tebal2..kalau setakat dua muka surat tu bukan novel namanya, tapi karangan..^^






  aku pasti ramai yang cakap kalau orang minat baca novel ni, orangnya romantik, jiwang..sebab ape??sebab kebanyakan novel yang berada di pasaran tu novel cinta..actually banyak lagi novel lain..novel tentang remaja , novel berunsur ketuhanan dan agama , novel ilmiah , novel misteri (seram), novel kehidupan dan banyak lagi..kalau x minat tentang cinta , nah!banyak lagi pilihan jenis-jenis novel yang lain..u r the chooser..(=


  antara penulis novel @ lebih dikenali sebagai novelis yang sibuk berfikir lantas mencurahkan idea2 yang ada sehingga terhasilnya sebuah novel ialah Fauziah Ashari , Habiburrahman El-Shirazy , Ahadiat Akashah , Burhan Sodiq , Damya Hanna , Ramlee Awang Mursyid J.K Rowling n etc..kalau pergi book store banyak novel yang ada sampai kaki2 novel ni pening kepala nak pilih hok mano sa (speaking kelate sikit )..Ketika Cinta Bertasbih , Ombak Rindu , Hijab Sang Pencinta , Harry Potter , Andai Itu Takdirnya , Cinta Najla (rumet aku, Lala cari2 novel ni..kalau ada tolong belikan sedozen pastu inform aku ), etc..


  aku memang minat baca novel ni..kalau da start baca tu memang susah nak gerak la..nak abiskan hari tu juga..kalau da berhenti tu , memang susah nak sambung baca balik..orang cakap da ilang feel gituuu..sampai mak aku rasa macam nak belikan novel yang lagi banyak untuk aku bila tengok aku tekun n khusyuk baca novel tak seperti ketika aku baca buku2 study (aku tipu je 2)..nak baca pon kene ikut mood gak..kalau aku memang tade mood nak membaca ni, novel leh disimpan sampai leh jadi artifak negara...setakat ni , jumlah novel yang aku baca adalah dalam beribu2 helai..helai ok , bukan buah..novel yang aku beli kiranya hak aku sendiri pon adalah dalam 3-4 je..yang lain2 tu pinjam je..^^ borrow is caring..hehe




beberapa ari lepas, aku ngn kawan aku, Tika g Popular..sebab pe??sebab kitorang popular la..sebab nak cari novel yang sorang kawan aku ni, Nadia cadangkan..novel Cinta 3 Suku, best katanya..even ada lagi dua novel yang aku x abis baca lagi.setelah penat kitorang cari sehingga hilang berat badan sebanyak 20 kilo, kitorang tanya akak yang kerja kat situ..dy dengan wajah yang x bersalah sebab dy memang x bersalah pon menjawab "da abiz la dik"..padan muka aku..orang cakap malu bertanya sesat jalan..tapi aku xde la sedih sangat sebab aku dapat beli novel "Ya Allah, aku jatuh cinta" karya Burhan Sodiq..x sabar nak baca..! ^_^





note:tepuk amai-amai belalang kupu,
       adik jangan nangis bila emak suruh baca buku,
       susu lemak manis, santan kelapa muda,
       membaca buku amalan kita..

Sunday, November 21, 2010

cinta dalam diam

salam..
aku sangat tertarik dengan apa yang aku baca dalam blog kawan aku ni..dapat kt fb katanya..setelah surat permohonan aku untuk share ni diluluskannya, aku dengan sepantas kilat meng"copy" dan menge"paste"kan dalam blog aku plak..semoga mendapat manfaat..insyaALLAH..(=





Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...
karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya..

karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali ?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...
hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu, toh Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...

NB. Postingan temannya Aldiansyah
(Share by: Arytha Rusianty)


Friday, November 19, 2010

cinta oh cinta

 ok..arini aku rasa nak berbicara tentang cinta..iya, cinta..cinta dari sudut pemikiran dan perspektif aku sendiri..

  cinta,cinta,cinta.seringkali diucapkan,seringkali diungkapkan..tapi tahukah apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan kalimah "cinta" itu sendiri..pada aku cinta itu adalah anugerah daripada ALLAH kepada setiap hambaNYA..sudah menjadi fitrah manusia ingin rasa dicintai dan mencintai seperti mana ALLAH telah menciptakan Hawa bagi menemani Nabi Adam a.s yang sedang kesunyian, Siti Khadijah pula sebagai peneman setia Nabi Muhammad dan juga para Nabi yang lain..lelaki dan perempuan saling memerlukan antara satu sama lain..cinta itu merupakan perasaan yang suci,murni dan tulus yang terletak di dalam hati..

cinta itu membahagiakan,membuahkan rasa rindu,adakalanya menyakitkan, boleh buat seseorang tersenyum bahagia, boleh juga membuat seseorang itu berduka lara,cinta itu adakalanya memerlukan pengorbanan,cinta itu memerlukan kesetiaan , kejujuran itu amat penting dalam cinta ,cinta itu membuatkan kita melebihkannya melebihi diri kita sendiri,cinta itu memerlukan komitmen,memerlukan sefahaman..cinta itu adakalanya melekakan, melalaikan kita sehingga melupakan ajaran agama, kononnya sebagai bukti cinta sejati padahal nafsu serakah semata,berhati-hatilah jangan sampai cinta yang dikaburi dengan hasutan syaitan itu merosakkan masa depan kita..


haa..itu persoalan yang selalu bermain di fikiran..aku tidak menafikan adakalanya persoalan ni bermain di benak fikiran..hanya berfikir cinta itu hanyalah cinta sesama manusia sedangkan ada cinta yang lebih agung dari itu, iaitu cinta ALLAH..sebab itu ada segelintir daripada kita yang sanggup mencari ajal sebelum tiba waktunya akibat kecewa dengan cinta,nauzubillah, minta2 dijauhkanlah, jangan kerana cinta pemikiran kita dikaburi dengan perkara2 yang tak sepatutnya..sesungguhnya cinta ALLAH kepada hamba2NYA tidak pernah putus, sangat suci, tiada tolok bandingnya..



aku suka dengan lirik lagu Kerana Cinta (Inteam ft Mestica)..liriknya sangat bermakna..hayati dan fahami

cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptanya cinta di situ rindu bermula    
cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara berkorban segala-gala

semua kerana cinta 
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa merawat luka damai di jiwa
terpadam api benci permusushan
terjalinlah kasih sayang
begitulah cinta yang diidamkan
tanpa nafsu yang mencemarkan
dan jangan pula kerana bercinta kita pun leka entah ke mana
dan jangan pula kerana bercinta tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati hanya cintakan Ilahi
cinta ayah bonda tulus suci selamanya 
cintakan saudara masa berada hanya sementara
cinta sesama insan suburkan dengan ketakwaan


  lihatlah...sebenarnya ada cinta lain selain cinta sesama insan..cinta kepada ALLAH , cinta kepada Rasullullah,cinta kepada ibu bapa, cinta kepada agama islam n etc..ada cinta yang sangat penting dan lebih utama selain cinta kepada manusia sahaja..cinta yang menjamin kehidupan kita di akhirat kelak..



memang indah jika setiap hari mendengar kalimah "I love you" dari insan yang disayangi..seperti dunia ini ana yang punya!^^aku x berani nak komen tapi ada yang mengatakan couple itu haram..teringat pulak sorang kawan aku ni, Farahin namanya..dia cakap x ya la couple sekarang ni, sebab pe??sebab dy x nak bagi sisa-sisa pada suami dy yang sememangnya lebih berhak..sama-samalah kita fikirkan..


nak share satu cerita..aku pernah pergi satu kursus masa aku masih belajar di Kolej Matrikulasi Melaka, kalau x silap nama penceramah tu Ustazah Rozita..beliau mengatakan bahawa "soleh akan dapat yang solehah manakala yang solehah akan dapat yang soleh",itu janji ALLAH..ALLAH telah menetapkan siapa yang bakal menjadi jodoh kita sejak di Luh Mahfuz lagi..jangan terlalu takut untuk menerima cinta..bukakan ruang untuk cinta itu hadir..moga-moga cinta itu adalah cinta yang ikhlas dan jujur, cinta yang bisa membahagiakan..orang cakap cinta sampai mandi x basah , makan x kenyang , tidur x lena..pikiran dy terus..hehe..tapi jangan sampai terleka dan lalai..aku pernah juga terdengar orang cakap lebih baik kita dicintai dari mencintai..benarkah??itu terpulang pada individu..ia mempunyai kelebihan yang tersendiri..dan ada juga yang cakap lebih baik jika kita cintakan seseorang tetapi tidak diluahkan sehingga ajal tiba, hanya ALLAH sahaja yang tahu..benarkah??tapi mungkin juga ada yang lebih suka meluahkan perasaan cintanya dari diam..its up to you..ur choice..(=

  setakat ni je la..aku nak share apa pendapat aku tentang cinta itu..kalau ada yang salah tu mintak dibetulkan ya..^_^


 

Thursday, November 18, 2010

mungkin

  mungkin ke??
mungkin betul
mungkin juga tidak

setelah aku teliti
setelah aku kaji
setelah membuat penyiasatan bersama fbi 

ye
aku pasti itu betul
bukan dy lagi tapi kau
kau lah
kau

tapi xpelah
simpan dan semat dalam2
biarkan ianya di situ


kau dengan diri kau
aku dengan diriku
cuma satu 
aku pasti 
kini kau bukan dy
kau
kau






note:kalau x paham leh la tny kaunter pertanyaan kat bank islam cawangan muar..(=








Wednesday, November 17, 2010

aku gembira

  Salam..sempena hari yang mulia ini, sebelum aku menaip panjang lebar aku nak ucapkan selamat hari raya aidiladha @ hari raya haji @ hari raya korban kepada mak ayah dan adik beradik yang berada di kampung,shabat handai,sanak saudara serta seluruh umat islam sama ada di Malaysia mahupun di seluruh dunia, maaf zahir dan batin..makan rendang tu jangan lupa tau!amacam??ada ala2 pelajar oversea x??hehe..kalau kat johor ni hari raya aidiladha x la semeriah hari raya aidilfitri..aku juz dok kt rumah n xpakai baju raya pon (pakai baju kmm ^^)..ape pon ia disambut dengan penuh kesyukuran..alhamdulillah..(=

  hari ini dan semalam..ada something yang berlaku yang membuat aku gembira sampai rasa nak melompat2..malangnya aku membatalkan hasrat aku untuk melompat tu sebab x nak terpilih mewakili Malaysia dalam acara lompat katak sukan asia kt China tu..first thing masa aku g kedai ngn mak aku..kt pintu masuk tu aku jumpa cikgu HEM sekolah menengah aku, Puan Marpuah Suliman..senyuman aku mendapat balasan...nampaknya beliau masih mengenali aku even aku da memakai sesuatu tu..beliau salam dengan aku ngn mak aku..tapi aku x sempat nak tanya apa2 sebab beliau da nak balik..(=

  semalam gak aku dapat sms dari Atie..dy wish raya haji kat aku n beritahu aku one good news..da lama aku nanti2kannya..bukannya dy nak kawen dengan Shahir seperti yg dy impi2kan..REUNION..wahhh..so excited maaa..rindu bangat sih mau ketemu sama teman2..udah lama enggak ketemu..da jauh so susah nak jumpa..yang satu u pon susah benar nak jumpe ni lagikan lain u..hopefully n aku doa semoga reunion ni jadi la.aminnnn..x payah nak tunggu aku dapat anak lima baru nak jumpa..^^

  hari ini...sudah tentunya aku gembira sebab hari ini hari raya aidiladha..lontong,rendang ayam,kari daging,sambal kacang dan sayur goreng telah aku kunyah dan hadamkan dengan jaya dan penuh wawasan 2020..aku ingat nak tolong la orang wt korban..tapi x leh sebab smlm aku dapt msg dr yang meminta aku x hadir sebab besar kemungkinan lembu2 yang akan disembelih akan lari bertempiaran bila tengok sesuatu yang sangat cantik tu..^^ade lagi satu..aku dapat sms dari dy..sape dy??hurm.....



note:aku hepi aizat dapat msuk..hopefully dy dapat masuk akhir ajl..lagu tu..susun silang kata..i like!!insyaALLAH..aminnn....(=

Thursday, November 11, 2010

pulangkan!!

ishh....aku rasa geram gile!!!geram yang amat..hati aku sakit sangat2...aku xpaham kenapala ade spesis manusia macam tu..masa nak pinjam punya la baik..janji nak pulang cepat..tapi aku rasa da sebulan da..dia tu macam x pernah belajar adab2 meminjam..nak aku ajarkan agaknya..da pinjam 2 x reti2 nak pulang ke minah??aku da bg msg soh pulangkan, dy cakap dy akan pulangkan..arini dua kali aku jumpe dy..first masa balik beli makanan lunch..dy boleh senyum mcam kambing gurun je!!!malam plak jumpe kat cafe..wat2 x nampak aku..padahal petang tadi aku bg msg soh dy anta barang tu malam ni gak sebab esok aku nak guna..xleh blah betul la!!da la barang tu mak aku punyer..nak wat harta plak...kenal ko pon macam tu je..ada hati plak nak pinjam lame2..x tau malu ke???kalo nak sangat beli sendiri la, ko banyak duit..ni pinjam barang orang x reti nk pulang2..aku nak marah depan2 cakap aku kuang ajar plak, aku malas nak timbulkan masalah lagi la dy lagi tua dari aku...tapi ni semua salah dy!!da pinjam x reti nak pulang!!!!!!!!!!pulangkan la!!!!!!!aku xleh sabarla dengan orang macam ni...macam muka kat tapak kasut je..haissshhh!!perangai dy memang mengundang kemarahan aku!da la jumpe wt mcam muka x bersalah padahal pinjam barang orang tapi x reti nak pulang...PULANGKAN!!!!!