Sunday, October 31, 2010

ada cinta

ucapkanlah kasih , satu kata yang ku nantikan,
sebab ku tak mampu membaca matamu, mendengar bisikmu,
nyanyikanlah kasih senandung kata hatimu, sebab ku tak sanggup mengartikan getar ini,
sebabku meragu pada dirimu

mengapa berat ungkapkan cinta, padahal ia ada,
dalam rinai hujan dalam terang bulan juga dalam sedu sedan,
mengapa sulit mengaku cinta, padahal ia terasa,
dalam rindu dendam hening malam, 
cinta terasa ada......

amali kimia

   ari ahad yang tenang dan damai..ku lihat matahari yang bersinar-sinar memancarkan cahayanya, ku dengar bunyi ayam berkokok , kambing mengembek di padang sambil meragut rumput..burung unta berkejar-kejaran dengan penuh kegirangan.......erm..sejak bila kt UKM especially kat kolej amin ni ada ayam, kambing malahan ditambah pulak dengan kehadiran burung unta plak???oh tidak!!aku mimpi rupanya~~2 la mak cakap nak tido 2 basuh kaki..x dengar kata...padan muka kau!x kire..aku nak cakap gak padan muka kau..(:

   sok aku ada exam...AMALI KIMIA  ..korang bayangkan amali pon ada exam..teringat plak zaman spm dulu..tapi 2 spm bukan exam d ukm..lantas dengan jantung yang berdegup kencang , aku capai buku amali kimia..aku selak helaian demi helaian..ada 23 experiment dalam tu..DUA PULUH TIGA BUKAN DUA CAMPUR TIGA..tapi seingat aku yang masih ingat ni aku serta geng2 aku hanya wat lapan amali je..lapan tu pon da cukup banyak bagi aku..apa yang aku tahu soalannya objektif..itu je..sangat membantu ke??

  risau...risau..sebab aku xtahu apa jenis soalan yang akan keluar..kerisauan ini menyebabkan aku berasa sangat lapar hingga aku membuat keputusan meninggalkan buku amali tu atas katil lalu dengan penuh bersopan santun aku pergi ke cafe..sup ayam...tanpa menghiraukan kedaan sekeliling aku mengambil plastik dan mencedok sepuluh ketul ayam...ye...sepuluh..sepuluh tolak sembilan la..aku bukan monster seperti yang korang fikirkan selama ni...ingat aku xtau??

  2.00 petang..aku sambung balik baca buku amali kimia tu...aku baca, baca n terus membaca.....sedang aku membaca dan membaca tiba-tiba aku tengok aku da pakai labcoat, kat tangan aku ada conical flask yang terisi sodium chloride (ada label la bukan aku main cakap je)..di atas meja di hadapan aku terdapat burette yang berisi silver nitrate..dengan ilmu dan kepakaran yang ada sejak kecil lagi , aku wat la experiment tu...semasa aku nga titrate , tiba-tiba keluar asap dan muncul satu lembaga.....aku sangat takut.....serentak dengan itu aku dengar bunyi "bagiku kaulah yang terindah manisnya senyuman anugerah Tuhan"....bunyi fon...masyaALLAH..aku terturu rupanya..kalau x terjaga tadi dapatlah aku usha lembaga tu...mane la tau lembaga 2 ...........(:

  da..aku xtahu nak merepek apa da..amali kimia telah menyebabkan aku mengalami gangguan kesihatan...aku nak sambung baca amali kimia sampai tepu....<3


note : semoga aku n kawan2ku dapat jawab soalan amali kimia esok dengan mudah...bittaufiq wannajah..insyaALLAH...(:



  


  


 

  

 

susun silang kata

ku ingin bermimpi denganmu , ke awana untuk teman bintang bulan,
kerananya lebih terang sinarnya , dengan kehadiran kau dan aku,

bagiku kaulah yang terindah , manisnya senyuman anugerah Tuhan,
memarakkan api dalam diriku, tak pernah aku sangka ada,

asingnya buatku asyik memikirkan dirimu
kau umpama susun silang kata yang terakhir untukku,
sekian lama ku mencari rupa-rupanya di depanku,
hidup ini tak bererti jika tiada cinta di hati
untuk terusku teguh berdiri

dan tak kira apapun yang terjadi dalam mimpiku
usahlah ia berakhir tanpaku memilikmu....




note:aku suka lagu ni becoz of someone (=..makes me think of....

jam oh jam

30.10.2010....arini aku dengan rakan-rakan seperjuangan aku yang lain exam paper komputer....kira nk exam paper aku yang kedua ratus lima belas..gempak?dua ok dua...aku mengalah..aku pon xtahu apa yang nak di baca sebab lecturer aku cakap dy pon xtahu apa yang patut kami baca..dengar kata students last year, exam ni agak susah dan mencabar..ini menyebabkan tahap kerisauan aku melebihi tahap beku!~

  aku ngn geng bas sekolah bergerak ke Dewan Tun M.Salleh atau dalam bahasa saintifiknya DTAMS dengan menaiki bas UKM yang dipenuhi oleh para pelajar yang semangat nak amek exam..sampai kat sane aku ngn kawan aku pon cari port klang sementara nak menunggu masa memasuki dewan exam..sedang aku berbual+ baca nota + gelak tibe2 aku ternampak................nmpak ape??nampak ramai orang la...

   then aku msukla dewan exam tu..aku sangat terharu sehingga ingin menitiskan air mata sebab tempat duduk aku yang kedua last..terima kasih sebab bagi aku bersenam sebelum exam..bila da duduk tu aku susunla pensel,sharpener,slip exam,ic jiran kampung, peti ais,seterika sertar teddy bear kat atas meja....bila aku pandang depan aku ternampak..........nampak ape??nampak jam besar kt dinding 2...kagum...bahagia betul aku lihat jam tu..kemungkinan besar sebab jam 2 hensem , macho dan bergaya..exam bermula..aku pon mula menjawab dengan penuh keikhlasan seperti semut hitam yang bergerak di atas kayu hitam pada waktu malam yang gelap...sambil tu aku tengok la jam 2..nampak cool je jam 2 bergerak tidak seperti aku yang tengah gabra menjawab dicampur dengan kesejukan seperti menjawab exam kat oversea..tik tok tik tok......masa berakhir..tapi jam 2 da berhenti sebelum masa cukup..bateri rosak kot..anyway aku sangat berterima kasih kat jam 2 sebab teman aku dalam dewan exam sehingga aku melupakan jam di tangan aku sendiri...thankz jam.....^^