Tentang Aku


meh aku cite serba sedikit tentang aku..nama yang diberi oleh mak n ayah aku Rahilah binti Haron..best kan??siape yang cakap x best 2 balik tarik balik sebelum aku anta korang g bangladesh..tapi tiket korang beli la sebab aku x mampu nak bayar..panggil je ielah..xpon kalau korang nak panggil lisa surihani ke wardina ke aku x kisah malah x peduli..aku paham nape korang nak panggil aku sedemikian..
aku ni mixed blood..percaya ?? ayah aku jawa , mak aku plak melayu...so..jawa+melayu=JAME..ok x?aku baru dapat tahu ada keturunan ni tiga saat yang lalu..so jangan marah aku, terima dengan tenang dan redha..

  mula belajar 123, abc kat Tadika Bagan..masih teringat lagi peristiwa di mana rakan-rakanku yang membuat kuih sehingga membuatku guru tadika yang ku sayangi itu rasa macam nak berhenti kerja je..mereka bukan aku!aku x salah!  oleh kerana ilmu yang aku miliki tidak akan melayakkan aku untuk bekerja sebagai peguam, mak n ayah aku telah menghantar aku ke Sekolah Kebangsaan Bagan dan Sekolah Agama Bagan...aku nk kongsi rahsia ngn korang..janji jangan beritahu mak cik tipah yang tengah jual kuih donat tu..janji tau!ada la satu hari ni, aku x tahu la tiba2 aku rasa malas sangat melebihi tahap suhu air mendidih dengan tidak menyiapkan homework dan akhirnya aku dapat hadiah..ZAAAPPPP!!~aku mengerang kesakitan, tiba-tiba datang ibu peri lantas aku menjerit "tolong ibu peri..tolong!"ibu peri pergi dan datang semula bersama teletubbies warna kuning dan powerpuff girl untuk membantu aku..selepas itu korang merepek la sendiri..malas aku nak layan!

   then aku dimasukkan ke sekolah omputih..Temenggong Ibrahim Girls School..omputih x??atau dalam bahasa melayu dapatlah diistilahkan sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Temenggong Ibrahim..haaa..sekolah perempuan la.untuk perempuan melayu terakhir..nape berkerut 2??jeles ke??teringat pada kawan2  n tak lupa pada apek bas vitagen yang tidak jemu2 mengangkut aku dan kawan2 ke bus stand..mekacih apek..^^

   selepas spm , aku telah berusaha giat menanam anggur di kebun ah chong walaupun tanpa kebenaran ibu bapanya..oleh kerana anggur yang dihasilkan melebihi keenakan buah durian di kebun pak ali, aku telah diterima masuk ke Kolej Matrikulasi Melaka untuk meluaskan empayar perniagaan..di sini aku belajar cara untuk beli kari babas dan alagapas!~eh.bukan...berdikari..mematangkan diri sehingga ada orang cakap aku da macam mak orang..terima kasih banyak2..lain kali jumpa aku nak bagi korang ubat nyamuk sorang satu..~banyak yang aku belajar termasuk melihat bapak-bapak mertua aku punya anak-anak..x paham??sila tengok kamus oxford edisi ke 456897.. kat sini gak aku paham sebenar2 erti sahabat~sahabat dunia akhirat..sekarang..Universiti Kebangsaan Malaysia menjadi tapak yang seterusnya untuk aku meluaskan empayar tanaman anggur tu..semoga setiap urusan aku dipermudahkanNYA..aminnn..



  aku..siapa aku.... aku ialah aku la!x kan aku ialah engkau..aku ni seorang yang pendiam pada zahirnya tapi apabila sudah kenal aku akan bercakap sehingga bernanah telinga kau..nah!amek ko!padan muka..nak sangat kan??aku susah nak senyum sebab aku takut korang akan terlihat sesuatu yang boleh menyebabkan korang pengsan 40 hari 40 malam..apa sesuatu ek??so..kalo aku x senyum jangan cakap aku ni sombong..x nak cakap banyak la..yng penting dunt judge me until u know me well~~<3 <3