Friday, October 9, 2015

Mendua

ku tak habis fikir, kurangku di mana
kau tega melepaskan aku
jauh ku menatap
namun terlalu jauh
imaginasiku terberai
terdiam aku beku tanpamu
dimanakah letak hatimu

kau putuskan tuk mendua
dengan dia dibelakangku
padahalku pilih kamu
jadi cinta terakhir

ku tak habis fikir kurangku di mana
kau tega melepaskan aku
jauh ku menatap
namun terlalu jauh
imaginasiku terberai
terdiam aku beku tanpamu
dimanakah letak hatimu

kau putuskan tuk mendua
dengan dia dibelakangku
padahalku pilih kamu
jadi cinta terakhir




Monday, May 6, 2013

Pergilah~~


Pernahkah kamu berharap pada seorang makhluk,
Kamu berharap kebaikannya,
Kamu berharap kehadirannya,
Kamu berharap perhatiannya,
Bahkan kamu berharap kasih sayangnya,
Tapi..
Seringkah engkau dikecewakannya?
Seringkah engkau menangis kerananya?
Seringkah engkau merasa disakiti olehnya?
Lalu…
Pantaskah kamu masih berharap padanya?
Ataukah dalam kecewa, dalam tangis dan dalam sakit itu
Adakah kebahagiaan yang kamu dapatkan?
Apakah dengan kecewamu, dia berubah menjadi baik?
Apakah dengan tangismu, dia akan hadir?
Ataukah dengan perasaan sakit hatimu, dia menyayangimu?
Mungkin jawapannya TIDAK
Jadi…
Bukankah ini saatnya untuk kamu pergi?
Bukankah ini saatnya untuk kamu berpaling?
Bukankah ini saatnya untuk kamu menjauh?
Setidaknya pergilah dari rasa kecewa itu…
Berpalinglah untuk titisan airmata itu
Menjauhlah untuk membahagiakan hatimu..
Sulitkah itu bagimu?
Jika “YA”,
Fikirkanlah betapa dia tak pernah mengharapkanmu..
Fikirkanlah betapa dia tak pernah mempedulikanmu..
Fikirkanlah betapa dia bahkan tak sempat memikirkanmu..
Tanpa kamu sedari…
Kamu telah hanyut dalam harapan, impian dan angan kosongmu
Sedikit kata darinya sudah membuat kamu merasa diperhatikan
Sedikit senyum darinya sudah membuat kamu fikir dia peduli
Sedikit khabar darinya sudah membuat kamu terlena, tak beranjak…
Ya… semua yg sedikit itu saja sudah membuat kamu bahagia…
Yg sedikit bahkan semu (samar-samar), sudah membuat kamu bertahan..
Untuk apa?
Untuk sesuatu yang KOSONG,
Untuk sesuatu yang tak pernah dia fikirkan
Untuk sesuatu yang bukan apa-apa untuknya
Untuk sesuatu yang DIA TIDAK TAHU
Atau sesuatu yang dia TAK AKAN PEDULI
Dan esok, lusa, nanti ataupun detik yang akan datang…
Kamu akan kecewa, menangis dan sakit hati lagi…
Tidakkah semua itu CUKUP?
Saatnya kamu melangkah…
Mendaki di terjal kehidupan dan mengalir bagai sungai
Jangan bertahan untuk harapan yg tak pernah ada…
Jangan menunggu hembus angin yang lalu…
Jangan sampai kamu terbangun dalam keadaan remuk
Selagi kamu bisa berdiri…
Selagi airmatamu belum habis
Selagi hatimu belum bernanah..
Biarlah sakitnya terasa hari ini..
Esok luka itu akan mengering
Biarlah dia menjadi bahagian kenanganmu
Tapi dia tak lagi menghancurkanmu
Bahkan ketika kamu pergi
Dia tak akan menangisimu
Mungkin dia tak menyedarinya
Kerana kamu bukan yang diharapkannya
Kamu bukan yang difikirkannya
Kamu bukanlah apa-apa baginya
Jangan pernah menoleh lagi untuknya
Jika hari ini kamu sedar siapa dia
Besok, tahun depan, sepuluh tahun lagi
Dia akan menjadi orang yang sama
Yang tak pernah mempedulikanmu
Yang hanya memberimu sedikit kata, sedikit senyum
Yang akan menumpahkan air matamu,
Menggoreskan rasa kecewa,
Dan menambahkan luka dihatimu….
Maka…. PERGILAH, PERGILAH…
Biarkan hari ini adalah akhir kecewa kamu
Biarkanlah airmata itu menitis sederasnya
Dan biarlah rasa sakit itu menghunjam dalam
Tapi itu yang TERAKHIR untuknya….
Itu yang TERAKHIR…
Ingat...
Tuhan tidak menciptakan satu orang didunia ini..
Bukalah hatimu,
Diluar sana masih banyak yang memerlukanmu..
Cukuplah dirimu untuk mereka yang siap menerima cintamu..
Yang lebih menghargai cintamu..


#copypaste#

Friday, April 12, 2013

Maha Mendengar

Salam. Malam ini, aku nak share one of my favourite song. Aku sangattttttttttttttttlah suka lagu ni. First time dengar da buat aku jatuh cinta. Ehem3, jatuh cinta pada lirik lagu yang bermakna ok? Bukan pada pemilik lagu ni yang sudah dimiliki. Ok?


Maha Mendengar by Halim Devotees

Yang meniti dibibirku,
Yang terlintas diakalku,
Yang terbisik dihatiku,
Semua DIA kan tahu,
Kerna DIA yang menciptakannya,
Semua di dalam kekuasaanNYA,

Di dalam susah pintalah kepadaNYA,
Kerna DIA pasti mendengarkannya,
Juga di dalam senang pintalah kepadaNYA,
Moga bahagiakan sentiasa bersama


Ya ALLAH,
Kau Maha Maha Mendengar,
Tiap kata yang hamba lontarkan,
Tiap doa yang hamba pohonkan,
Ya ALLAH,
Engkau Maha Memberi,
Segala kurniaan dan rezeki,
Ya ALLAH.....






 Ni link nak dengar lagu ni.. =)
Hayati dan fahami

https://www.youtube.com/watch?v=7KQOfrDAeD4







#Sesungguhnya Allah itu dekat #

Penantian

    Ira merenung ke luar tingkap. Merenung awan yang begitu indah serta burung-burung yang berterbangan. Tiba-tiba teringat pula pesanan pensyarahnya kepada semua pelajar sewaktu di kelas tadi, " Kamu semua kena aplikasikan apa yang kita belajar dalam kelas ni, mulakan perhubungan yang sihat. Masa dekat universitilah kamu kena mencari teman, kalau tunggu kerja nanti memang lambatlah kahwin". Masih terngiang-ngiang lagi pesanan salah seorang pensyarah subjek yang pernah diambilnya yang menegurnya sewaktu dia sedang mengelamun dalam kelas, katanya "jangan dikejar cinta, cinta akan lari, tunggulah cinta, cinta akan menyapa".

      Lelaki. Bukan tidak ada lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya. Pernah, bukan satu. Lantas satu persatu kenangan kembali muncul dalam ruang ingatannya.

      Amir. Lelaki yang dikenalinya dalam laman sosial yang menjadi kegilaan remaja bahkan warga emas, Facebook. Pada mulanya mereka hanyalah sahabat di Facebook, tetapi apabila lelaki tersebut menjadi rakannya di Yahoo Messenger, menyebabkan hubungannya semakin rapat. Seringkali mereka berchatting. Amir yang pandai mengambil hati menyebabkan Ira kehilangan hati sebab diambil oleh Amir. Oleh kerana Amir yang belajar di negara timur tengah dan Ira yang belajar di institusi tempatan, mereka menjalinkan PJJ, bukan pembelajaran jarak jauh tetapi perhubungan jarak jauh. Bukan hubungan sahabat, tetapi lebih. Tidak pernah sekali mereka bertemu, hanya Facebook dan YM sahaja menjadi alat untuk mereka berhubung. Selepas beberapa bulan (tak pasti berapa bulan kerana Ira lupa nak catat), mereka ditakdirkan berpisah kerana tindakan Ira yang terburu-buru. Ira berasa sangat sedih kerana perpisahan berlaku berpunca dari dirinya sendiri. Namun, nasi sudah menjadi bubur. Perhubungan tersebut terhenti begitu sahaja.


     Adam. Lelaki yang hadir sewaktu Ira dalam kesedihan setelah berpisah dengan Amir. Adam merupakan sahabat kepada teman sebiliknya, Ima. Adam merupakan salah seorang pelajar di tempat Ira menuntut tetapi mereka dalam bidang yang berbeza. Saat pertama kali mereka bertemu adalah sewaktu majlis perpisahan teman sekelas Ira yang merupakan sahabat kepada Adam. Perangai Adam yang suka mengusik menyebabkan Ira rasa menyesal sehingga sekarang kerana tidak membaling kerusi ke arah Adam. Kalau baling, sudah tentu nama Adam tidak akan ada dalam cerita ini. Tidak lama selepas itu, Adam menjadi rakannya di laman sosial yang macam kat atas tadi, Facebook. Komen bagai nak rak, kalau terserempak rasa tak cukup tanah nak lari. Hubungan mereka menjadi semakin rapat selepas Ira berpisah dengan Amir. Adam sering tertanya-tanya mengenai status Ira di FB dan menyebabkan Ira menceritakan kesedihannya kepada Adam. Mereka bertukar nombor telefon dan mereka berbalas mesej dan tidak ketinggalan juga membuat panggilan. Ada masanya Adam menyanyikan lagu untuk Ira yang diiringi orkestra, okey bukan, diiringi petikan gitar.

                                  Bagiku kaulah yang terindah,
                                  Manisnya senyuman,
                                  Anugerah Tuhan........
        
                                  Tetapi lagu di bawah ini membuatkan Ira bingung sehingga sekarang:

                                 Ku juga mencintai dirimu, Kau amat sempurna buatku.
                                 Bukan sengaja ku menahan, Bibir membeku lidah terkelu.........

Tidak lama selepas itu, hubungan mereka terhenti begitu sahaja. Ira membiarkannya tanpa bertanyakan hal sebenar kerana sebelum mereka tidak berhubung lagi Adam menyanyikan lagu

                                  Bila cinta ini, Tak lagi bermakna,
                                  Yang ku rasa kini, Hanyalah nestapa.......

Ini cukup menandakan Adam sudah terpikat pada Lisa Surihani! bye Adam.




       Amin. Lelaki ini terlebih dahulu Ira kenali sebelum Amir dan Adam. Amin ini juga dikenali melalui laman sosial tetapi bukan Facebook yang berwarna biru itu. Amin tidak seperti Amir dan Adam yang bermulut manis dan mesra perempuan dan boleh dikategorikan sebagai budak baik dan juga matang.Ira tak cakap dua lelaki sebelum ini bukan budak baik. Juga seorang yang sering merendah diri. Mereka berhubung hanya menggunakan telefon awam, Ops! Telefon bimbit. Amin seperti yang telah dikatakan tadi seorang lelaki yang matang selalu membincangkan mengenai hati dan perasaan. Ira kadangkala serba salah. Adakah hatinya juga menyatakan perkara yang sama? Adakah harapan boleh diberikan kepada lelaki ini? Dan mungkinkah harapan itu berbaloi andainya ditakdirkan Amin bukan jodohnya? Akhirnya, Ira membiarkan tanda tanya ini hingga menyebabkan Amin mendiamkan diri. Mungkin seketika, mungkin juga selamanya.







Wednesday, February 27, 2013

Kehilangan

Salam...aku cuma nak share satu lirik. First time dengar aku dah suka lagunya. Dengar masa cari resipi ikan siakap..hehe...Sampai feeling2 abis padahal tak de papepon...hihi... ini dia :

                                                                    Firman : Kehilangan


Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Takkan ku sia-siakan kamu lagi
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila

Takkan ku sia-siakan kamu lagi. (2x)

Sunday, September 23, 2012

third year

salam......
sedar x sedar, aku da melangkah ke tahun pengajianku yang ke-3
final year?
no no no no no
ada setahun lagi...
tapi banyak course kt ukm ni yang 3 tahun je..
so, aku punye course antara course yang mengambil masa selama 4 tahun..
exclassmate masa matrik pon semuanya 3 tahun..
so to final year students
 SELAMAT MEMBUAT TESIS DENGAN JAYANYA


sem ni aku still dapat duduk flat let
cuma bukan blok yang sama
tapi agak menggembirakan sebab
sebab
ada Zati dengan Nadia
kawan sekolah dulu =)
walaupun penat memunggah barang dari blok lame sampai hilang berat 10 kg (tipu), tp aku redha
da jodoh aku dengan blok ni..x memasal..hehehehe

sem ni..
aku amek bnyak kredit..27?
haaaa..padan muke aku, sem lepas nak bersenang lenang..
sem ni? amek kauuuuu
but, i will take it as hardships
yela, nama pon belajar..so kena la ada cabaran.. xgitu joyah?
dengan ini, aku mengisytiharkan bahawa aku akan kurang pulang ke batu pahat.. ;(
aku pasti ramai orang batu pahat akan merinduiku.. ( sumpah perasan!)
jumpa raya haji la ye?? <3

bila da tahun 3 ni..
selalu gakla dalam kelas lecturer akan bertanya:
"kamu semua ni da ade pakwe/makwe belom?"
ade yang menggeleng, x kurang gak yang mengangguk..
aku???
aku angguk2,geleng2, tunduk2, ikut telunjuk, iya2,saya2 , kiri kanan,ikut saje
lantas lecturer pon berkata:
"awak ni, da nak abis blaja ni..xkan nak cari lepas da keje nanti..susah"

berpegang pada:
YAKIN DENGAN JANJI ALLAH S.W.T
sebaik-baik pengatur, penentu ajal, maut dan pertemuan
bila tiba masanya..
awak akan datang menyunting saya sebagai suri hidup..
kalau awak malu, saya sendiri datang sunting awak jadi kumbang di taman negara XD

kawan aku cakap tggu tahun 4 nanti..
x sbar plak nak tahun 4 (gatal menghela)
sampai sini je.. 
salam =)

gambar prewedding kami XDDDD

Wednesday, August 22, 2012

suka suka!

Salam

harini aku nak share satu lagu dari Motif Band
serius best...

hayati liriknya ye

Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku
Kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi
Setulus hatiku






tajuknya Tuhan Jagakan Dia

Hanya Allah sahaja yang tahu =)



btw..selamat hari raya maaf zahir batin

Friday, May 25, 2012

saya sudah dewasa

Salam..aku sudah dewasa..ye memang dewasa..Alhamdulillah, da berumur 21 tahun 8 hari..haha..tak sangka terlalu cepat masa berlalu, rasa mcam baru semalam g tadika ( ececece, ayat mmg xleh lawan)..so da boleh mengundi..sape yg aku nak undi pon aku xtau..tapi nak x nak kene undi gak, tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia..huhuhu..

Teringat pulak kisah seminggu lepas..mase tu aku dok ngadap laptop ni..sedih gak la smbut bufday di perantauan..perantauan?hahaahaha..macam bukan dlm Malaysia pulak kan..dapatla wish dr kawan2 aku..mase tu kepala memang berserabut pikirkan kuiz, presentation n assignment utk esoknya..aku memang agak birthday tahun ni tak berapa nak ok, bukan ape..banyak halangan nk ditempuh esoknye..huhu..dugaaan2..
tibe-tibe kawan bilik depan aku ni, cik nadiah ketuk bilik aku..aku dalam hati tergelak je sbb aku ingtkn nadia ni x tau birthday aku..masa aku buka je pintu aku....

bedak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

nasib baik bedak..wangi gak kan dr telur n tepung tu..agak terkejut gakla..dy plan ngn coursemates aku, si Tiha n Mira...pastu malam2 tu gak makan kue tiaw n kek batik yg sgt sedap..rasa terharu sangat!!!!masak sendiri kot..actually aku nk upload gmbrnye kt sini tp usb xde..masa amik gambar lupe nk letak memory card..haih....rahilah rahilah...apelah...btw thank korang..rasa cam nak nangis (poyo je kau!)...

thank to semua yg wish..tq to mak yg masak belangkas, along yg belanja mcdonald, nanie yg bg cupcakes yg ditempah kat akak aku...hehehehehehe

ape2pon..semoga kita sentiasa dilindungi Allah..insyaALLAH..aminnnnnnnnnnnnnn.. =)

Wednesday, April 11, 2012

happy one month anniversary

salam

HAPPY ONE MONTH ANNIVERSARY!!!

TO 

ME

eh eh eh eh
salah
to them!!!


terlambat pulak buat entry ni
almaklumlah sibuk uruskan anak-anak ...... semut ;)

abangku kini sudah kawin..
aku pula bagaimana?

oh emak , ila mau kawennnn
kawen dengan siapa??
dengann ......... (alah , mak sendiri tau..hahahahahahaha)
(kompem mak aku muntah kalo bace)

 btw , im just want to wish:

 Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alaikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
(God bless you both and bless you both)
(And get the best collection)

congratulations to both of u
semoga berkekalan hingga ke akhir hayat
bahagia n gembira selalu
semoga diberkati Allah S.W.T
nak anak sedara boleh??hehehe


ermmmm..actually ada satu insiden yang tidak boleh dilupakan..
aku da cube lupekan
 puas aku cube
tapi...
begini ceritanya

pada hari itu ,
angin meniup sepoi-sepoi bahasa (ala2 usop wilcha kak limah x?)
masa tu aku dok sebuk bagi goodies bag kat keluarga sebelah ,
nga dok bagi-bagi ni..
tetibe...
 terdengar
terdengar ape??
terdengar suara takbir di angkasa , selembut bayu meresap ke dalam jiwa
ishhhhhhhhhh..bukan-bukan

aku terdengar satu suara ni
katanya

Ni la kembar pengantin

puas aku pandang ke kanan dan kiri ,
yg aku pasti hanya aku je awek cun yg berada di tempat kejadian
(silakan muntah beramai-ramai)

aku bgtau akak aku , komen beliau :

"alah , kalo tambah janggut kt dagu ko , mmg sebijik muke mcam ijol"

aku redhooooo dgn jawapan tu







ni kat uma aku (ni pic dari cameraman)



sekian ....















Tuesday, March 27, 2012

setanggi syurga

salam..
kawan aku cakap
Ahmad Fedtri cakap
kalau nak kahwin kena ade tiga kunci
Kunci Kereta
Kunci Rumah
Kunci Pejabat





tapi
kalau Allah da firman
"Kun Fa Ya Kun"
(jadilah ! maka jadilah ia)

aku bukan nak cerita pasal kahwin pon
saje nak post lirik lagu ni
hehe
Inteam -Setanggi Syurga
 

Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Tersiksa jiwa merindu
Bagai terkurung dibasah tengkujuh
Kewangian aroma bunga
Tak menggugah keteguhan iman

Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
Pada redup renung mata yang menipu
Tuntas ku mendaki
Puncak cinta teragung

Izinkan aku melafazkan kata
Bicara hati yang mudah diterjemah
Betapa aku gerun pada teduh untuk bernaung
(Kerna awan itu rapuh)

Bahagia buat mereka
Yang bertemu cinta yang teragung
Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi

Dendam tak marak menyala dan membakar
Oleh putih salju yang berguguran
Kerna dosa itu
Lebih hitam dan kelam

Ku anyam rindu menjadi hamparan
Kerna ku pasti adanya pertemuan
Di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan
Tak bertemu pengucapan

Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Kata janjiMu...
Seharum setanggi syurga
 
 
aku percaya denganMu ya ALLAH =)

Friday, January 13, 2012

salam..
aku juz nak share one lyric
even lagu ni da lame gak la 
kot...
mula2 dengar:

aku : ok la kot..tapi sesuai utk org yg nak kawen je...bukan utk aku..

sekarang...

aku:best la lagu ni
melayan sambil tersenyum2 macam kerang busuk

abis je lagu tu

replayyyyy.........

dan 
senyuman masih terus terukir
fikiran melayang..
ke mana?
mana-mana je la =)

ni liriknye:
berakhir sudah pencarian cintaku
jiwa ini tak lagi sepi, hati ini tlah ada yang miliki
tiba diriku di penghujung mencari cinta
diri ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
aku akan menikahimu, aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
tiba diriku di penghujung mencari cinta
hati ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu (kepadamu)
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
aku akan menikahimu, oh aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
nananana nananana nananana nananana
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
seumur hidupmu [4x]



p/s: haha..gelenyah betul minah yg post entry ni .. ;)

Thursday, January 12, 2012

entah , aku . pon . tak . tahu

salam...nampaknya sudah berbulan2 aku x update blog ni..busy busy busy ..busy la sangat kan? tengok cite korea boleh plak ? hik hik hik ..sekarang ni tengah final exam .. gap 6 ari untuk 2 paper lagi.. antara orang2 terakhir mengucapkan selamat tinggal UKM  sedangkan kawan2 da ramai cakap "ANNYEONG!!!!!" pi la balik , balik , balik ..ade aku kesah ? (eh , nampak sangat marah kan??hehe)


cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptanya cinta
di situ rindu bermula

eh , eh , tetibe kuar plak lirik lagu inteam & mestica ni..tau2 je la nk cite pe..

orang kata :  (cinta berlainan jantina)

cinta itu indah  
cinta itu menyakitkan
cinta itu perlukan pengorbanan
cinta itu kadang2 macam madu , kadang2 macam racun
cinta itu buat kita bahagia
cinta itu buat hati kita berbunga-bunga
 cinta boleh juga buat kita mengalirkan air mata
cinta buat kita gembira
cinta itu menghadirkan perasaan rindu 
cinta itu perlukan keikhlasan
cinta perlukan kesabaran


banyak kan orang kata tentang cinta tu 


pandangan aku tentang cinta ?

tettt..
nanti la ..
kenapa??
alaaaa..xpayah la tanya..
malu !!
(aku rasa cam nak tangan je Rahilah ni..gedik yang amaaatttt!!)
nanti la ..
bukan masanya lagi kan??kan??
=)








Wednesday, September 14, 2011

aku senior

salam...
hello ukm , here i come with a smile.. heh , smile la sangat kan..
padahal datang dengan barang yg sangat banyak macam orang nak pindah uma..
sampaikan family aku nk sewakan lori .. haishhh..
betul banyak..x muat bilik, sampai tumpang bilik sebelah .  kelentong!

4 bulan da berlalu..
so kaki aku pon da berpijak kt ukm...
mula la nak merungut 

"nape cuti sekejap sangat?" (gara2 homesick aku ckplah skjap)
"alaaa, da masuk u lg la, x best la, sape la soh bg cuti panjang2..kan da malas"
(bg cuti sekejap marah , bg lame pon marah .. ape la aku ni kan?? eleh , ko yg bace ni pon same je)

senior!
ye , aku senior..ko kesah ape??      tolong jangan nak emo sangatlah rahilah!
tup tup da tahun dua..
rase macam semalam je aku daftar , p orientasi (ayat x payah nak syahdu sgt la)
ermmm...ape2 pon !
aku tetap JUNIOR dalam course aku..tapi xtau la tahun yg akan datang ni ade intake course aku..
gembira sbb rase mcam mude even da tue !

sem ni
aku dok sowang ... rumet first year sebelah bilik je padahal....
yg dok depan bilik aku pon mmg member satu kepala la..bukan aku kongsi 1 kepala dgn dyorg ok?
so , xde la rase bosan kan...
ade la bosan sbnrnye XD .. kalo orang yg kenal aku , mesti tahu aku ni gemar buat exercise mulut..
so da dok sowang2 ni , xkn nk cakap sowang2 plak.. (kalo buat pon hanya aku dan ALLAH je tau..kan?)
banyak tangga nak g blok , berjalan pon lebih jauh dari biasa..compare dok asrama dulu la..xpayah ah kau nk compare ngn bape banyak tangga kt batu caves plak kan?? =_="
x suka ? opkos la aku suka... leh bako lemak yg ade  ni sebab aku lupe nak bawak mancis ngn minyak tanah 

tiap2 ari ade kelas...except sabtu n ahad..
ade yg kene terkejar2 dr fakulti ni ke fakulti ni...
seb bek ade bas , kalo x , aku order firefly ..
yuran?
haih...yuran aku tggi dr coursemates aku yg stay kolej ni
xtau la tang mana yg mahal tu..
mungkin sbb aku pakai braces la tu ... 



papepon

aku mesti try adapt dgn keadaan ni..

peribahasa yg aku rasa macam pinang dibelah dua untuk post ni :

alah bisa tegal biasa 
kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
genggam bara api biar sampai menjadi arang
bersatu kita teguh , bercerai ?? ade jodoh kawen lagi  << kau rase sesuai ke?


lastly , sory sbb aku banyak merepek.. tabiattt =)

Saturday, September 3, 2011

suram

salam....
5 syawal..
x terlambat lagi aku nk ucap 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN


jemput2 la ye datang uma bile aku da balik ukm nanti..haha...aku memang kejam..baru tau ke?? ntah tibe2 aku rajin nak mengepost malam2 bute ni even tengkuk aku rase mcam nak tercabut da..heee..lame x on9 ni , sebuk melayan pak sedara , mak sedara , anak sedara , bapak mertua , mak mertua ..opssssssss..terlebih gatal sudah..jangan btau mak aku tau , sbb mak aku mmg tau aku ni gatal..ahaks !

raye tahun ni x berapa nak meriah la...x rase seronok pon..sebab:

- tahun ni , kat uma aku x de pasang pelita macam tahun2 sudah..bukan xde langsung , cume ade 3 biji je..ayah aku plak tu yg pasang , selalunya aku ngn adik aku...kampung aku plak yg tiba2 dipenuhi , disimbahi , dilimpahi dengan cahaya pelita...

- baju raye...family aku ni sejak taun bile ntah ade theme color..so taun ni pilih kale oghen yang memancor2 tu..sume kale same kecuali ayah n abang aku sebab tailor da x sanggup nk wat...nak soh aku , aku cume tau jahit seluar koyak je...hurmmmmm~

- duluuuuu mase aku kecik2 aku suka main bunga api (padahal baru tadi main 4 batang)..main mercun pon pernah (konon2 terror) ..heih, betollah, x main la mercun pop2 yg korang selalu main tu...bez dgr sini boom , sane boomm , pastu esok masuk paper jari hancur . memang la tak bagus main mercun tu , tapi kan itulah suasana ari raya..x dapat dinafikan..mcm x sah je x de bunyi2 mercun ni..tapi sekarang , x meriah , x mcm raye..

- kuih raya..kalo dulu , first2 raye pon da sebuk nk refill balang kuih tu...taun ni ??? sampai raya ke 3 pon xrefill lagi..x luak pon..mane x nye..budak2 pon x ramai yg datang..sedara mara pon xramai yg datang coz da kene kerja balik ..(act tadi ade budak2 datang , tapi cara dyorg bg salam sangat x beradap sampai aku dapat merasakan dyorg pkir aku pekak , so ape lg, aku x buka pintu pon..kan aku da cakap aku kejam.. )

-duit raya ...masa aku kecik2 dulu , aku n adik serta abang sedara aku akan bersiap pagi2 , n g beraya seluruh kampung termasuk kampung orang lain..so , banyak la kan duit..tapi skrg aku x dpt byk duit raye mcm dulu lgi sbb keTUAan yg dialami...hehe..bese la tu kan , da tue bangke , kalo kawen boleh dapat anak sepuluh xpelah , nanti aku da keje , aku masukkan duit byk2 dalam sampul , pastu kirim kt uma orang2 yg x bg aku duit raya n mintx dyorg masa raye nti salam n bg duit aku kirim tu semula..(idea gilaaa!)


n LASTLY



-haaa...nampak x awek cun kt atas ni??yang senyum tu ?? haaaa..yang senyum dengan mata panda tu la (sumpah x selera makan sepuluh saat) ... farahin namanya..my best friend forever la..kawan since form 1 until skrg..banyak kenangan..nak tau nape aku ckp farahin ni ade kaitan ngn kesuraman raye taun ni?? sebab dy da nak kawen..ehh,  bukan2..nak fly ke Ireland next week..doctor-to-be , insyaALLAH , aminnnnnn..first of all , congrates to her, yela bukan senang dpt blaja kt sane kan..chukahea!

kalo ko bace wahai farahin yang hensem , kacak lagi macho : 

aku doakan semoga ko dapat buat yg terbaik tau chinguuuuuu..ko x ya nak peduli kalo ade orang menangis ke meraung ke mase ko nk fly nti , sbb ko pergi untuk masa depan ko n makes org yg menangis tu hepi dgn kejayaan ko nti..insyaALLAH..jangan lupe bawak kad tu ea, surat linda ko mintx kt dy , sory sesangat sbb x dpat beraya same even aku nak sangat raye ngn ko n yg lain , sory sbb x dapat nk anta ko kt KLIA nanti sbb aku tade transport n plus aku nk balik UKM da even aku mmg nk sgt anta ko cume aku xtau aku sanggup ke nk tgk ko pergi ..huhu..nk soh ko bawak aku , ko ckp nti overweight plak ( aku redho! aku redho ! hihi) , sory la kalo selama ni aku ade wat salah kt ko , ade wt ko terasa hati akibat kelancangan aku berbicara n menuturkan kata sehingga mewujudkan sebuah luka dihati kau ( hebat x aku bermadah helah?haha) , sory kalo x dapat jadi kawan yg terbaik untuk ko sbb aku mmg x baik , kan awal2 tadi aku da ckp aku kejam kan??hihi..ko kene tau ko mmg kawan yang terhensem  terbaik dari ladang la (x payah nk kembang setempayan pulak ek ) ,tq coz jadi kawan yang best! banyak lagi nk taip tapi aku ....... ermm..ko bace je la ea dalam surat tu..kang muntah plak bace bnda yang same..n yg paling penting SILA BALIK KE MALAYSIA SECEPAT YANG MUNGKIN !! ehem2...=)

btw , selamat hari raya aidilfitri , maaf zahir dan batin nenek


kau tiruu aku ! ok bye =)

Thursday, August 4, 2011

perpisahan ini

salam...nampaknya da masuk hari keempat ye dalam bulan Ramadhan..semoga semangat dan kesabaran kita dalam menjalani ibadah puasa akan sentiasa bertambah..insyaALLAH...

arini aku nak share satu lirik lagu..first time aku dengar lagu ni masa aku tengok cite laila manja kt tv3 tu...sedap lagunya..then da tgk sape nyanyi , aku terus cari..hehe..pada aku la kan memang bez, kalo korang kate x bez....majuk ahhhhhhhhh cmni, nanti ite btau mak itewwwww...(siyes geliiii)


Perpisahan  Ini
1st Edition feat Aizat Amdan

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Inginku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan
Perpisahan yang tak ku duga kini dah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri





pada aku , lagu ini tentang perpisahan..
pasangan ke sahabat ke saudara ke..
perpisahan yang tak diminta la, terjadi sebab da memang takdir..
hanya lagu yang menjadi kenangan antara mereka..
lagu ape?
cek mek molek kot.. (ohoooooooooooooooooo oiii!)
erm..btw..
lagu ni wat aku teringat kat someone...(jiwang la tu kononnya)..hahaha
=)

salam ramadhan


selamat menjalani ibadah puasa =)

Monday, July 25, 2011

syahdu punya lagu

salam...haih..tetibe malam bute ni membuatkan aku xleh nk membute pulak...ni penangan pengalaman pertama aku la..pengalaman ape??alaaaa....malu la nk ckp..


erm..erm...sebenarnya kan...aku xtau la ape kene ngn aku, tetibe je nk makan spaghetti...then ape lg, aku terus ah google..google punye google, dapatlah satu resipi..first time ni nk wat , ntah ape jadinya , takot2 jadi nasi beriyani pulak kan (kelentong betul minah ni ) ..ntah la , mane agaknya mata aku pergi , ade ke aku g beli PASTA yg panjang2 tu bukannya SPAGHETTI..ahhh, seng la...so , aku makan je dengan penuh suka n gembiranya even da salah..kesiannn...padan muka!

sudah....actually aku  nk share satu lagu yg best...aku rasa best la...liriknya, melodinya...da macam pro plak nk ckp cm ni ea..aishh.....


Kisah Dongeng - Stacy

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja




video ni x bez actually...tp bolehkan je la...^^





ia da berakhir

salam...annyeonghaseyo (hello)..oppss..terspeaking korea la plak...mianhe (im sorry)..alamak terkeluar lagi..besela kan..sejak akhir-akhir ni , tibe2 i rase cm da jd orang korea pulak nyahhhh!! (tolong jangan muntah!)..ok2 sebelum korang bertambah mual n aku ditendang ke korea , better aku teruskan hajat aku nk mengepost yang da lama tergendala ni.....bace tau...post ni penuh feeling...
  
ia da berakhir,,,,,ya, ianya sudah berakhir....aku dan dia..even da berakhir.. bagi aku, dia adalah satu kenangan yang terindah bagi aku..aku harap dia pon cm 2 jugak..perkenalan n perjumpaan yang sangat singkat..pada awal pertemuan aku dengan dia , aku x rasa aku akan sayangkan dia , aku x akan rindukan dia..tapi...


                                          ramalanku tidak benar belaka (ala-ala tajuk lagu gitu )..


nape aku mesti sayang kt dia? nape aku rindu kat dia??nape??makan x lena , tidur x kenyang , mandi tp mcam x mandi..puas aku cari sebabnye , aku tanya pada diri aku sndri , aku tanya ketua kampung sebelah , aku tanya bangla jual eskem ,aku tanya pak cik kat kaunter pertanyaan bank , aku google , aku tengok buku matematik adik aku darjah dua.....aku...aku..aku......BUNTU! (tolong jgn gelak2 ok , aku siyes ni )


kesian x aku ni???macam da meroyan je..tp xpe...demi dia , aku sanggup wt mcm tu sekali (dalam mimpi ngeri je la)..sometimes..aku rasa nk tnye dia...tapi..malu la..korang pon tau aku ni mmg pemalu..shy shy girl ( perasantan betul!)...erm..erm...aku biarkan persoalan itu bermain-main gelongsor n jongkang-jongket dalam ginjal aku..kalo aku sendiri je yg rasa , ok fine...its ok..biarlah aku sendiri ,dulu aku sendiri , kini masih sendiri hadapi hidup ini,susah senang diriku , xbertempat mengadu , bla bla bla...huwaa...kritikal da aku ni...nak tahu x sape yg da wat aku jdi cmni??nak x??siyesly ni first time aku open nk cite masalah hati , jiwa dan raga kt blog ni..so , kalo da tau 2 jgn btau sape2 tau,,senyap je..janji ea...






aku ...........................rindu..................................................................................................................
..........................................................................................................................................................

tadaaaaaaa!!!


sekolah + kawan2 baru + student = smk dato onn


tolong jgn pikir yg aku ni tangkap cintan ngn yonghwa ok ( gogumaaaaaaa!!!! >>jerit sambil terlompat kijang) ..yg xpaham 2 teruskan baca..aku malas nk explain..brbalik kepada tajuk n fokus aku dlm post ni, ermmmmmm...da 2 minggu aku tgglkn sekolah tu...tinggalkan student2 yg mcam2 ragam , kawan2 especially cikgu2 praktikal yg aku kasihi (cewaaaahhhhh ...kihkihkih)..rindu sesangat la..da xde lg dengar org bila lalu sebelah aku ckp "assalamualaikum cikgu "...ye ah , xkn la aku g mall tetibe pak guard tu nk bg salam n pggil aku cikgu plak kan..sumpah aku apply kje jadi ckgu kt mall..

sedih gila kot bila da abis prapraktikum ni..banyak da kenangan,,mula-mula aku mmg nk sgt abis prapraktikum ni sbb aku bosan..dok je dalam bilik guru , mane x bertambah2 lemak, second day prapraktikum aku da mc sbb demam n cirit birit..uhuuu, sangat kesian..tp masa sakit ni aku stay kt bilik panitia...then after transfer kt bilik guru bru terbuka sikit otaknya (ni pon atas saranan gpk..mekasih (= ) dapatla aku kenal ngn cikgu2 , cikgu2 praktikal (kak nisa, kak izan , kak endang , kak asmaq , kak zila..yg lelaki??.........) rindu nk jalan sesame especially g cafe n makan sesame (aahhhh!!makan sahaja kau ni!)..rindu nk relief kelas even aku x mengajar pon, just dok berbual2 ,beramah mesra sampai aku pening nk jawab soalan cepu cemas (especially kelas 4 Firus), main kuiz n teka teki ( teringat 1RK yg excited nk main  even ade yg cakap kt aku "alaaa, cikgu ni bagi teka teki budak tadika la "..hampess betul )..macam-macam ada la....kenangan tu sentiasa terpahat di hatiku... ^_^

last day...berat ati sesangat sampai xleh nk timbang betapa beratnya hati aku waktu tu....siap ade student nyanyi lagu Ft.Island - Hello-hello ...sedih2...ermm.. aku bg kt some of the students bookmarks yg aku wat sendiri...kreatif x?? (tolong jawab x sbb aku akan bertambah poyo )..tp aku x wat sorang diri la, ade bantuan dari mak , akak n adik aku..mekacihhhh...hehehe..ni dia...


yg chopstick tu bookmark yg aku wat..yg kertas lipat2 tu student 1 RK bg (mungkin sbb  teka teki tadika tu ^^)




masa da xleh diundurkan...everything is always in mind..pengalaman yg sangat berharga...doakan yg terbaik untuk mereka..semoga berjaya di dunia dan akhirat...insyaALLAH dengan izinNYA akan berjumpa lagi...
dia...annyeong ..T_T 


kak asmaq bagi, ade lagi bau perfume kak izan..hehehe


disemak oleh , cikgu rahilah (hahahaha!)