Friday, April 12, 2013

Penantian

    Ira merenung ke luar tingkap. Merenung awan yang begitu indah serta burung-burung yang berterbangan. Tiba-tiba teringat pula pesanan pensyarahnya kepada semua pelajar sewaktu di kelas tadi, " Kamu semua kena aplikasikan apa yang kita belajar dalam kelas ni, mulakan perhubungan yang sihat. Masa dekat universitilah kamu kena mencari teman, kalau tunggu kerja nanti memang lambatlah kahwin". Masih terngiang-ngiang lagi pesanan salah seorang pensyarah subjek yang pernah diambilnya yang menegurnya sewaktu dia sedang mengelamun dalam kelas, katanya "jangan dikejar cinta, cinta akan lari, tunggulah cinta, cinta akan menyapa".

      Lelaki. Bukan tidak ada lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya. Pernah, bukan satu. Lantas satu persatu kenangan kembali muncul dalam ruang ingatannya.

      Amir. Lelaki yang dikenalinya dalam laman sosial yang menjadi kegilaan remaja bahkan warga emas, Facebook. Pada mulanya mereka hanyalah sahabat di Facebook, tetapi apabila lelaki tersebut menjadi rakannya di Yahoo Messenger, menyebabkan hubungannya semakin rapat. Seringkali mereka berchatting. Amir yang pandai mengambil hati menyebabkan Ira kehilangan hati sebab diambil oleh Amir. Oleh kerana Amir yang belajar di negara timur tengah dan Ira yang belajar di institusi tempatan, mereka menjalinkan PJJ, bukan pembelajaran jarak jauh tetapi perhubungan jarak jauh. Bukan hubungan sahabat, tetapi lebih. Tidak pernah sekali mereka bertemu, hanya Facebook dan YM sahaja menjadi alat untuk mereka berhubung. Selepas beberapa bulan (tak pasti berapa bulan kerana Ira lupa nak catat), mereka ditakdirkan berpisah kerana tindakan Ira yang terburu-buru. Ira berasa sangat sedih kerana perpisahan berlaku berpunca dari dirinya sendiri. Namun, nasi sudah menjadi bubur. Perhubungan tersebut terhenti begitu sahaja.


     Adam. Lelaki yang hadir sewaktu Ira dalam kesedihan setelah berpisah dengan Amir. Adam merupakan sahabat kepada teman sebiliknya, Ima. Adam merupakan salah seorang pelajar di tempat Ira menuntut tetapi mereka dalam bidang yang berbeza. Saat pertama kali mereka bertemu adalah sewaktu majlis perpisahan teman sekelas Ira yang merupakan sahabat kepada Adam. Perangai Adam yang suka mengusik menyebabkan Ira rasa menyesal sehingga sekarang kerana tidak membaling kerusi ke arah Adam. Kalau baling, sudah tentu nama Adam tidak akan ada dalam cerita ini. Tidak lama selepas itu, Adam menjadi rakannya di laman sosial yang macam kat atas tadi, Facebook. Komen bagai nak rak, kalau terserempak rasa tak cukup tanah nak lari. Hubungan mereka menjadi semakin rapat selepas Ira berpisah dengan Amir. Adam sering tertanya-tanya mengenai status Ira di FB dan menyebabkan Ira menceritakan kesedihannya kepada Adam. Mereka bertukar nombor telefon dan mereka berbalas mesej dan tidak ketinggalan juga membuat panggilan. Ada masanya Adam menyanyikan lagu untuk Ira yang diiringi orkestra, okey bukan, diiringi petikan gitar.

                                  Bagiku kaulah yang terindah,
                                  Manisnya senyuman,
                                  Anugerah Tuhan........
        
                                  Tetapi lagu di bawah ini membuatkan Ira bingung sehingga sekarang:

                                 Ku juga mencintai dirimu, Kau amat sempurna buatku.
                                 Bukan sengaja ku menahan, Bibir membeku lidah terkelu.........

Tidak lama selepas itu, hubungan mereka terhenti begitu sahaja. Ira membiarkannya tanpa bertanyakan hal sebenar kerana sebelum mereka tidak berhubung lagi Adam menyanyikan lagu

                                  Bila cinta ini, Tak lagi bermakna,
                                  Yang ku rasa kini, Hanyalah nestapa.......

Ini cukup menandakan Adam sudah terpikat pada Lisa Surihani! bye Adam.




       Amin. Lelaki ini terlebih dahulu Ira kenali sebelum Amir dan Adam. Amin ini juga dikenali melalui laman sosial tetapi bukan Facebook yang berwarna biru itu. Amin tidak seperti Amir dan Adam yang bermulut manis dan mesra perempuan dan boleh dikategorikan sebagai budak baik dan juga matang.Ira tak cakap dua lelaki sebelum ini bukan budak baik. Juga seorang yang sering merendah diri. Mereka berhubung hanya menggunakan telefon awam, Ops! Telefon bimbit. Amin seperti yang telah dikatakan tadi seorang lelaki yang matang selalu membincangkan mengenai hati dan perasaan. Ira kadangkala serba salah. Adakah hatinya juga menyatakan perkara yang sama? Adakah harapan boleh diberikan kepada lelaki ini? Dan mungkinkah harapan itu berbaloi andainya ditakdirkan Amin bukan jodohnya? Akhirnya, Ira membiarkan tanda tanya ini hingga menyebabkan Amin mendiamkan diri. Mungkin seketika, mungkin juga selamanya.







3 comments:

  1. amir. adam. amin, ira???apekah mksudnya..??

    ReplyDelete
  2. Syazana: amboi!
    Tiqa : mana ade maksud pape..ini rekaan semata-mata la sayang (:

    ReplyDelete