Sunday, February 20, 2011

petikan gitar itu

petikan gitar itu
ku dengar buat pertama kalinya
pada hari itu
ulangtahun kelahiranku
menjadikan hari itu
hari bermakna buatku

petikan gitar itu
membuatku tersenyum
lagu-lagu yang dimainkan
"bagiku kaulah yang terindah. manisnya senyuman"
"walau berjuta mendengar, lagu ini hanya untukmu"
"because tonight will be the night that i will fall for u"
"ku jua mencintai dirimu, kau amat sempurna buatku"

petikan gitar itu
kadangkala membuatku tertanya-tanya
maksud di sebalik lagu2 yang dimainkan
ingin saja aku bertanya pada gitar itu
"apa maksud lagu yang dimainkan kau wahai gitar??"
namun
ku pendam

petikan gitar itu
kini hanya menjadi memori yang indah dalam hidupku
sudah tiada lagi petikan gitar yang ku dengar dari kau wahai gitar
membuatkan aku mengerti
lagu itu dimainkan hanya kerana ianya adalah lagu
tanpa sebarang makna....





4 comments:

  1. sudah la rahilah...sudah...gitar tu sudah rosak..kalo petik gak pom akan mgluarkn bunyi yg menyakitkan ati je...lupekan memory ttg gitar tu...

    ReplyDelete
  2. huhu...ade kaitan ngn aku ke gitar ni??haha

    ReplyDelete
  3. hahahahahaha...ntah ko...ada kot...hahaahahaha

    ReplyDelete